Langkah Pertama



Semua orang kini begitu teruja membuat ucapan tahun baru.. perayaan yang disambut satu dunia ni ternyata begitu meriah diraikan oleh seluruh pelusuk manusia.. tidak kurang juga yang menyatakan azam dan hasrat yang ingin dicapai ditahun baru kelak. 

anak kecil tidak memahami peristiwa ini.. bagi yang bersekolah mereka bakal menghadapi peperiksaan besar.. yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi mengharapkan segera habis bergelar mahasiswa.. bagi bekas mahasiswa pula mereka masih mencari2 peluang pekerjaan dan mengharap tahun baru ini bakal membuka pintu rezeki buat mereka.. bagi yang bakal mendirikan rumah tangga pastinya sibuk dengan persediaan dihari perkahwinan mereka nanti.. ibubapa pula tentunya pening memikirkan yuran anak sekolah.. menghantar anak yang pertama kali masuk ke tadika atau melangkah ke darjah satu  pasti itulah pengalaman berharga bagi setiap ibubapa.. dan tak dilupakan juga.. mereka yang masih single.. hahahah manalah tahu kiranya tahun baru ini bakal menemukan anda dengan jodoh.. mungkin??

saya menyambut tahun baru dengan suasana yang ringkas.. cuti umum sehari digunakan untuk duduk berehat dirumah.. tidak lansung menjengah keluar apakan lagi bermandi peluh beramai2 untuk menunggu detik 12 , berkonsert dan melihat bunga api.. mungkin faktor usia yang membuatkan saya semakin tidak berminat semua itu.. hahahahah.. kesempatan cuti umum tahun baru ini digunakan sepenuhnya untuk mengemas rumah.. disebabkan esok akan kembali bekerja maka itu adalah punca utama saya tidak mahu kemana2.. rasanya tahun baru baik disambut dengan lebih bersifat santai.. kesempatan diambil untuk muhasabah diri.. melihat kembali perancangan untuk 2014.. pasti mencabar.. sepetang berada di rumah sempat saya menyediakan manisan lompat tikam yang merupakan menu manisan dari pantai timur.. sengaja memberikan simbolik permulaan 2014 dengan sesuatu yang manis.. hahahahah nampak lebih menarik..






P/S : SENYUM SEINDAH SURIA :)



1 comment:

i'm shin... i'm inesen said...

selamat tahun baru ek