Akhir 2013



Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang sekian kalinya kita semua meniti sehingga ke hari terakhir 2013.. Seperti kebiasaan waktu senja kita akan mengenang kembali detik2 sepanjang hari yang kita lalui sebelum malam tiba dan matahari melabuhkan tirai.. begitu juga tahun 2013 pada saya seumpama seharian berlalu dengan pantas.. tidak terasa begitu cepat ianya pergi.. selangkah usia setapak kehadapan semakin berat galas ni memikul tanggingjawab..

Bukan mudah untuk menjalani 2013 yang merupakan tahun yang mencabar bagi saya secara peribadi.. namun berkat pertolongan Yang Maha Esa.. Dia membantu saya yang kerdil ini untuk terus membuka sayap dan terbang.. segala pahit dan manis diadun sehingga diakhirnya memberi rasa yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.. jika ianya satu catan pasti harganya melangkaui karya monalisa mahupun starry night oleh van gogh.. 

Sekali masuk ke rumah lama yang terbiar ini.. umpama membuka selembar sutera kosong. banyak yang mahu saya lukiskan.. banyak yang mahu diceritakan.. banyak yang mahu diwarnakan.. sepanjang 2013 ini memori banyak disimpan secara visual di instagram sahaja.. tidak lansung saya menerbitkan apa2 diruang ini. ada beberapa penulisan tetapi tidak diterbitkan kepada khalayak.. insyaAllah sekembalinya saya disini akan berkongsi cerita baru sepanjang 2014.

Terlanjur bercakap tentang 2014.. saya mengharapkan semua yang anda impikan akan menjadi kenyataan.. jangan berhenti untuk terus berdoa dan jangan mudah melupakanNya.. pandang mesti ke langit.. tetapi harus diingat.. kaki ini masih memijak bumi..







P/S: YANG BULAT DATANG BERGOLEK, YANG PIPIH DATANG MELAYANG, NAK BERKAT JANGANLAH LOKEK, KELAK ORANG AKAN SAYANG

No comments: