Selamat Hari Ibu! Kasih Tiada Ganti!


sambutan hari ibu bukanlah hari yang hebat bagi sesetengah dari kita tetapi bagi kebanyakkan orang  ianya merupakan hari yang  hangat dan penuh dengan kasih sayang.. kita meraikan wanita yang merupakan anugerah dan paling hebat yang kita terima di dunia ini dan dialah yang membuatkan kita menjadi luar biasa di dunia ini.. sesungguhnya satu hari dalam setahun tidak cukup untuk menyamakan dengan satu penghormatan sedemikian. setiap hari adalah hari ibu..


namun, saya masih ingat hari pertama menyambut hari ibu tanpa wanita yang memberikan saya nafas ini.. ketiadaanya sangat dirasai.. wanita yang menuntut agar sentiasa rendah diri walaupun harga diri itu sangat tinggi.. sekalipun tidak pernah sesal dengan takdir.. kerana soal itu tidak layak untuk saya persoalkan.. semuanya ketentuan Ilahi.. 

kakak saya dalam usia 30an memiliki seorang anak perempuan.. dan saya melihat kini di alam yang nyata bahawa dia memilih untuk hidup dan cinta disebalik tragedi yang menimpa.. kini beliau menjadi ibu dan meraikan bersama2 anaknya.. kecintaan itu menurun dari ibu saya kepada anaknya.. alhamdulillah..

saya sememangnya tidak mempunyai apa2 hadiah fizikal sepanjang sambutan hari ibu.. tetapi ingatan itu akan tetap terus membara.. kerana beliau tiada gantinya.. walaupun dia telah pergi namun diri dia masih ada dalam kehidupan kami adik beradik.. insyaAllah..


P/S: CINTA TIADA GANTI :)


Yes!! We Can Grow Up Together!!

Suka Ada Selepas Duka


kalau didatangi dugaan dan cabaran hendaklah kita tempuhi dengan tenang.. kerana apa yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.. ingat bahawa setiap tangisan itu tidak pernah abadi selamanya.. senyum.. sebab selepas itu kita akan lebih menghargai setiap yang datang..




hargai orrang tersayang dan setiap adanya.. saya sayang kehidupan saya.. eh!! tiba2 jer.. haha :)


P/S: SAYANG LELAKI BERSAYAP


Yes!! We Can Grow Up Together!!

Sebelah Jiwaku

Ketika kau ucap kata selamat tinggal
Ku sangka diriku kan hancur oh.. oh
Nestapa menyiksa membuat aku sedar
Hanya aku yang bisa mengubah arah hidup

Lihatlah.. lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan.. biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku

Ku tahu kau mahu melihat aku sugul
Tapi tak akan ku menzahirkannya oh.. oh
meskipun hatiku berderai bagai kaca
Ku kutip serpihannya dan cantumkannya semula

Takkan ku biarkan mata mengalirkan air mata kecewa oohh
Kini ku berani lebih berdikari

Bernyawa dengan sebelah jiwaku
Bernyawa dengan sebelah jiwaku


Yes!! We Can Grow Up Together!!