Saja pula nak menulis disini.. sudah berakhir suku tahun menghampiri setengah tahun baru saya berkesempatan menjenguk blog terabai.. nahhh memang tiada pengunjung pun.. kebiasaan saya menitip di blog ini adalah diwaktu malam berkonsepkan #darkroom sengaja atau tidak sebenarnya ini satu cara untuk melepaskan aliran emosi yang berkecamuk.. boleh kata hampir 99% bagi setiap kali saya logout dari blog ini, saya semakin berjiwa tabah. ia memang satu terapi jiwa yang berkesan.. terbukti!
Saya bersyukur sepanjang saya berjuang untuk meneruskan kehidupan kerdil ni, saya dianugerahkan oleh Tuhan orang2 hebat yang sentiasa ada disekeliling saya. pelbagai spekulasi dan cabaran yang saya hadapi sering mendapat sokongan positif oleh teman2 rapat disekeliling saya. begitu juga rakan2 lama yang telah menjadi sebahagian hidup saya.. ada yang menjangkau 14tahun perkenalan, ternyata bukan mudah untuk saya lupakan memori bersama insan2 yang lebih dari sahabat.
Berkesempatan bertemu insan2 hebat (sahabat) ini sebenarnya mengaktifkan segala memori. chemistry yang wujud sejak sekian lama tu tak boleh dinafikan lagi, memang sentiasa ada. macam baru semalam kali terakhir jumpa sedangkan jika ikut kiraan waktu bertahun lamanya. hanya kiraan minda yang mengatakan baru semalam kami berjumpa..
Satu kata.. Syukur.. saya masih punya sahabat yang hebat! tak tau apa yang telah saya lakukan sehingga punya kerahmatan seperti ini.. saya tidak rasa berjalan sendiri.. saya berdiri sendiri tetapi mendapat sokongan dari orang2 yang hebat!! Syukur Pada Tuhan..
No comments:
Post a Comment