Well Well..
2018.. Pertama kali menitip seperenggan dua menggunakan mobile menerusi aplikasi blogger. Well, apps ni bukan yang terbaik tetapi boleh la.
Saya berjaya.. menghabiskan sesi rawatan dan saya mulai sihat secara beransur2. Syukur pada tuhan, tahniah pada diri sendiri, terima kasih kepada semua ahli keluarga, rakan2, kenalan, pakar perubatan, teman2 seperjuangan dan semua..
Apa perlu dikatakan, ia adalah peluang kedua saya untuk terus hidup. Saya perlu berdepan dengan hal2 yang banyak. selama 4tahun ini, bersakit sakitan. saya menumpang sana sini, berhutang dan juga menyusahkan ramai orang.. sy takkan pernah lupa jasa baik semua insan yang membantu. jika tidak pada kalian, pasti budi itu akan saya balas pada anak2 atau keluarga kamu..
Yang mendoakan saya, saya kembalikan doa itu kepada Allah semoga kalian juga mendapat rahmat dariNya..
Seseorang ada memberitahu pada saya, jika saya punya rancangan bermakna saya masih punya harapan.. harapan untuk hidup. harapan untuk meneruskan kehidupan..
Rancangan saya mungkin bergerak perlahan2, saya tidak membutuhkan ia untuk terus laju momentumnya.. sesuai dengan perkembangan kesihatan juga. biar perlahan janji selamat.
Sekarang ni, sudah ada beberapa "Bucket list" yang saya sediakan.. saya perlu masa, modal, dan tenaga.. dalam tempoh sekarang, saya buat apa sahaja kerja untuk menampung hidup.. perlahan2 juga saya nak bayar orang sebab saya pernah meminjam. itu wajib dibayar kan..
Pasti nanti cukup modalnya, saya tak mahu tinggal di Kuala Lumpur ni.. ia sesak dan meletihkan.. saya mahu kehidupan ringkas dan tenang..
Soal impian sebelum ini? Impian saya sekarang, mahu menghabiskan sisa hidup dengan positive dan bahagia.. lihat sekeliling kita, tengok langit dan burung2, tengok warna daun, apa warna rumput dan bunga berkembang.. rasai angin meniup dan desiran ombak.. itu kehidupan kan..
P/S: LIHATLAH SEKITAR ALAM, DUNIA LUAS TERBENTANG
No comments:
Post a Comment