Kembali Desember Yang Biru..

Haaa tup tap tup tap dah hujung tahun. dah masuk musim cuti sekolah aka musim kenduri kawen aka jugak musim hujan. lansung teringat kenangan zaman sekolah asrama dulu, saya rasa ramai yang pernah duduk asrama atau hostel. 

Saya bersekolah nun di hujung ulu kampung. Saya sekolah asrama di Pahang dulu. Keliling dengan pokok getah dan pekan koboi Maran. Sekarang dah maju dan cantik. Orang Felda sekarang pun kemain kaya, senang lenang jugak dah.

Memang rindu sangat bila teringat balik. Masa tu tak dinafikan memang rasa tak seronok “home sick” asyik teringat rumah je dan ada juga fikir rasa nak lari. Tension duduk asrama ni kena ragging macam-macam. Kalau jadi senior ok lah, kalau freshie memang teruk kena buli. Lama juga nak sesuaikan diri. Tapi lepas jadi senior sayalah raja, cuma bab ragging ni saya tak suka… Kira senior yang baiklah huhu.

Pada masa tu isu ragging ni tidak dibesar-besarkan, takde pun nak mengadu kat mak bapak, simpan dalam hati je. Kalau bagitahu pun bukan mak bapak nak ambik kisah, disalahkan kita balik adalah…baik diamkan aje…

Tak macam sekarang ni, cuba cikgu pukul anak murid sikit mesti mak bapak dah sinsing kain ala-ala Padaiyappa hahaha. Ada tu anak murid pukul cikgu balik. Banyak kita baca surat khabar pasal isu ni…hmmm tak tahulah salah siapa; cikgu, mak bapak atau anak murid. ada gak member bagitau (member ni cikgu sekolah la) anak murid tak datang exam SPM. telefon mak, katanya anak dia masih tido. tak sampai hati nak bangunkan.. hmmmm hmmmmm.. 

Di sekolah dulu saya ni agak nakal juga…bukan jahat ya, beberapa kali curi keluar asrama gara-gara nak makan nasi lemak kat simpang jengka…sedap giler, tak balik asrama lepak rumah kawan. Lepas time tutup lampu kitaorang (saya dan rakan2) ada bilik sekutu hahahah.. dalam bilik tu macam2 aktiviti ada.. karaoke lah, tarian separuh bogel la, segala jenis persembahan lah.. makan dan semua sesi luahan hati pun ada.

padahal tu bilik M&E je sebenarnya. bila asrama dah tutup lampu kitaorang masuk bilik tu. sebab bilik tu dalam dorm kitaorang. jadi bila lampu terpasang pun, cahaya tak tembus keluar dari aspura. so pendek kata tu adalah bilik gerakan untuk aktiviti malam kitaorang. 

haaaa ponteng sembahyang pun dalam bilik tu.. pernah masa tido pagi sedap2 sekali punggung kena sebat dengan rotan sebab tak sedar diri untuk solat subuh. maka meloncat lah lepas kena tibaii dengan rotan kat punggung.. yang peliknya tak rasa sakit. myb sel otak tak dapat baca kesakitan masa tu dek terkejut campur mamai.. hahahha

Kena rotan jangan cakaplah tak tahu nak kira dah birat kat tangan ni. Warden saya masa tu orangnya hensem gak tapi nauzubillah garang sungguh. Banyak sebenarnya adegan-adegan dan kejadian terlarang berlaku sepanjang zaman sekolah saya dulu, tapi cukuplah saya citer sikit je 

Bila ingat balik kenangan lama ni terasa rindu sangat, rasa nak sekolah balik, best apa sekolah dulu tak payah susah fikir pasal kerja, nak cari duit untuk bayar rumah, kereta, hutang bank…etc, dapat duit lagi ada.

Pada adik-adik yang masih bersekolah nikmatilah zaman sekolah ni, jangan ponteng, jangan lari asrama, jangan lawan cikgu, jangan hidu gam hahaha. Belajar sungguh-sungguh sehingga berjaya. Satu hari nanti bila adik-adik dah besar mesti rindu punya suasana tu…percayalah cakap saya ni hehehe.


Yes!! We Can Grow Up Together!!

1 comment:

i'm shin... i'm inesen said...

zaman sekolah shin walo serba serbi sederhana tp seronok.. membesar dengan semua nya ada do sekeliling.. family.. kawan kawan.. bila dah dewasa.. sorang² pergi jauh Dan pergi untuk selamanya 😢