Usaha.. Maju.. Jaya..

Saya masih ingat hari pertama persekolahan ketika saya berusia tujuh tahun. saya tidak lagi memakai seragam biru berkotak kecil di leher dan lengan baju. tetapi memakai uniform rasmi sekolah rendah iaitu berbaju putih dan berseluar biru gelap. awal pagi dibangunkan dan saya mandi dengan air panas yang dimasak oleh ayah saya terlebih dahulu supaya tidak kesejukan. muka berbedak ditempek arwah emak.. rambut leper diletak minyak rambut. kolar leher baju uniform sekolah masih baru, keras menyaluti leher.. keras kejung sampai nak menoleh pun susah.. duduk tegak.. naik motosikal dan pergi daftar ke sekolah.

wajah- wajah baru disekolah itu sangat menakutkan.. saya mencari2 rakan semasa tadika tetapi hampa.. kebanyakkan mereka makin besar dan makin cantik.. pada saya ketika itu mereka sudah dewasa dari saya.. ketika dihimpunkan di tapak perhimpunan saya berjumpa dengan rakan baik semasa tadika dulu.. pertemuan pagi itu sangat mesra tetapi malu2. bermula dengan senyum2 kemudian ketawa bersama2. kami belajar dan bermain di tadika yang sama. ibubapa kami juga saling mengenali antara satu sama lain. malah dia juga yang sering teman saya jika ayah saya lewat menjemput saya dari tadika kerana jika saya keseorangan saya akan menangis.. 

perbualan kami terjurus kepada kasut baru.. buat apa masa cuti.. bawak buku banyak mana.. tenyata tiada perbualan khusus yang menjadi isu kanak2 berusia  tujuh tahun ketika itu.. lagipun saya bukan seorang yang banyak bercakap ketika itu.. bila ditanya barulah jawab.. selebihnya saya suka memerhati keadaan sekeliling.. keadaan makin tegang bila saya dan rakan ditempatkan di kelas yang berbeza.. sedih.. sunyi.. terpinggir.. saya ditempatkan di kelas yang pertama iaitu kelas 1 Jaya dan rakan saya di kelas kedua sehinggalah kelas ketiga iaitu 1 Maju dan 1 Usaha.. diambil dari moto sekolah itu Usaha Maju Jaya.. 

ternyata sehingga hari ini saya masih tak faham mengapa kami dikelaskan sebegitu. sekiranya mereka membahagikan kami hanya kerana kami terlalu ramai, saya faham. tetapi pada sesetengah masa ada guru2 yang menggunakan perkataan kelas hujung untuk memaksudkan kelas yang didiami oleh pelajar yang kurang cerrdik dan kelas pertama untuk pelajar yang agak cerdik. 

ketika berusia lapan tahun saya mula bersekolah agama di waktu petang.. awal memasuki sekolah agama saya terus diletakkan dikelas pertama juga.. entah bagaimana saya dilantik menjadi ketua kelas. kurang faham sebab perangai tak senonoh macam saya ni boleh jadi ketua kelas sekolah agama.. akhirnya berjumpa ustazah dan minta untuk memilih ketua kelas yang baru. lega kerana permintaan saya ditunaikan.. 

yang paling seronok ketika bersekolah rendah ketika itu ialah saya dihadiahi basikal.. berwarna merah gelap.. masih ingat lagi, itulah kenderaan paling best untuk ke sekolah agama.. balik sekolah akan ke kedai beli aiskrim kacang merah.. paling diingati ketika membawa basikal bersama kawan2 lain secara ekstrem di hadapan sekolah.. ketika itu baru pulang kelas tambahan se,pena UPSR.. esoknya cikgu buat pengumuman nama pelajar yang membawa basikal secara merbahaya dijalanraya.. 




No comments: