Sandwich Sihat Bekalan Dimana2 Sahaja!!

Entah dari mana angin tiba2 datang membuat mood diri ni nak berdiet.. mungkin sebab rasa gelembung airbag kat badan ni macam mengembang semacam je.. jadi saya fikir projek murni ni harus disegerakan. bila diet ni secara tak lansung saya dapat berjimat jugak.. haha nampak sangat makan banyak.. program diet dimulakan dengan membawa bekal ke pejabat.. di dalam bekas tupperware hijau cantik ada sekeping sandwich. semuanya dibuat dengan penuh kasih sayang.. tambahan pula menu istimewa sihat sandwich tu digoogle malam sebelumnya. jadi pagi2 tu sy gigih membuat sandwich untuk dijadikan bekal saya sepanjang hari.

sampai di pejabat saya lihat pintu masih berkunci.. owhhh demmm saya tak bawak kunci opis.. mungkin sebab kalut pagi tadi membuat sandwich sihat tu. nice!! sementara nak tunggu yang lain sampai.. saya duduk di bangku depan opis.. saya tengok tupperware tadi dan terus membukanya. sedang elok saya buka tiba2 akak cleaner ni tegur pulak. hai bawak bekal arini..

eh.. nampak ajer akak ni bekal orang.. saya pun tersenyum.. saya fikir di dalam hati.. jika saya makan sandwich ni, ia akan menjadi bekal untuk saya sepanjang hari ni.. tapi kalau saya bagi sandwich ni pada akak cleaner ia akan menjadi bekal saya di akhirat nanti.. 

"akak nak rasa, ambil lah.. saya dah makan tadi, ni lebih dari rumah.. saje try resepi baru." :)



P/S: JOGGING PETANG2 DIMASUKKAN DALAM PELAN DIET.  

Yes!! We Can Grow Up Together!!

No comments: