Kemboja Yang Gugur..



As salam.. terasa janggal untuk kembali menaip di sini.. banyak yang tertinggal dan banyak yang sudah lapuk di blog ni.. biarlah, ia bukan untuk tatapan sesiapa. saya cuma ingin menulis sekadar coretan sedikit kisah2 hambar jerr. 

post terakhir sebelum saya kembali di sini mengingatkan saya betapa cepatnya masa berlalu.. sekarang ketika saya sedang menaip ini saya berada di sebuah bilik yang sederhana besarnya. kosong.. sendiri.. senyap dan hanya kedengaran papan kekunci ni sahaja.. di luar sana hujan sajak pagi tadi.. dan ketika mata melihat keluar sana.. sekilas mata tertumpu pada bunga kemboja yang gugur.. ia seperti saat dimana saya pernah lalui dulu..

~ketika kaki saya melangkah saya sempat berpaling kebelakang.. "kita balik dulu mak.. kita doakan mak dapat rehat di sana.." dan kemudian saya teruskan langkah meninggalkan pusara yang masih merah disirami air mawar. saat melangkah itulah saya mata sempat menjeling sekuntum bunga kemboja yang gugur jatuh ke bumi dari pohonnya yang rimbun  di pintu masuk tanah perkuburan di mana ibu saya dipusarakan.. airmata ini seperti bunga kemboja yang jatuh berguguran..

sudah beberapa tahun.. setiap kali tibanya disember.. saya menamakan ia sebagai disember yang biru.. dimana disember merupakan bulan kelahiran saya dan juga bulan pemergian ibu saya.. saban tahun hati semakin sepi.. hanya mampu menitip doa.. mohon tuhan memberkati semua yang berlaku di dunia dan di akhirat kelak.. 

kini situasi saya sekarang adalah jauh sekali sudah bertukar berbanding sebelum ini. bukan sengaja saya membuat keputusan untuk kembali menjadi pelajar tetapi sendirinya sedar bahawa ilmu di dada ini terlalu cetek jika hendak dibandingkan dengan orang lain. saya tidak sanggup menjalani hari2 dengan rasa diri ini tiada ilmu.. saya tidak mahu hari2 saya semakin sesat dan tertinggal. saya bersyukur dapat melanjutkan pelajaran jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mampu.. hmmm sukar nak nyatakan.. cuma mampu berkata saya jauh lebih bernasib baik..

sesungguhnya bukan mudah untuk kembali belajar tanpa sebarang bantuan atau saluran dari mana2 pihak.. seratus peratus bergantung pada diri sendiri.. selama beberapa bulan ini saya teasa amat sukar tetapi saya harus kuat. mungkin ramai tertipu dek kerana bibir ini sering memberikan senyuman.. mereka tidak sedar berat tanggungan yang saya bawa hari demi hari. kadangkala aimata tumpah dengan sendirinya tanpa saya sedar. 

syukur kerana institusi yang saya pilih sekarang merupakan salah satu institusi yang terbaik di negara ini (dalam bidang berkaitan).. saya tidak sesekali menyesal kerana ini adalah kehendak hati saya sendiri tanpa paksaan sesiapa.. mungkin disebabkan itu banyak perkara dengan relanya saya berdiam sahaja tanpa bercerita kepada sesiapa. dan disebabkan itu juga saya kembali di blog lelaki bersayap ini untuk meluahkan sedikit apa yang tependam di sanubari selama ini..

perjalanan saya baru saja bemula. dan saya yakin dan percaya ada sejuta halangan menanti di depan.. saya akan pastikan diri sentiasa positif agar dapat mengatasi halangan2 yang maha hebat. penat sudah pasti dan itu adalah jaminan yang saya sendiri sudah tau sejak awal2 lagi.

dan saat diri ini seperti tiada kepercayaan, sekurang2nya saya masih merasakan ada tuhan.. untuk terus memerhatikan saya.. semoga apa yang dirancang berjalan lancar.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن





P/S: MELANGKAH KE HADAPAN BERSAMA TRADISI




Yes!! We Can Grow Up Together!!

1 comment:

i'm shin... i'm inesen said...

mak sumber kekuatan.. ada dia adalah kegembiraan.. semuanya kalo leh nak share ngan mak.. yak best.. yak x best.. x leh bayangkan kalo nnt mak shin dah xde nnt.. sure kosong..

semoga kamu kuat semangat k..