Aku Dan Konsert.. Konsert Dan Raja..!!



lepas je aku menjelajah utara tanah air minggu lepas terus je aku mengunjur sedikit semenanjung malaysia untuk ke negeri perak.. destinasi seterusnya ialah universiti teknologi petronas.. tujuan utama aku ke UTP ini adalah untuk menyempurnakan satu urusan seri paduka baginda.. hehehehe konsert dirajalah.. nahhh!! inilah dia yang aku sibuk2kan sejak entri yang lepas2.. =.=

dan seperti kanak2 merajuk dipujuk aiskrim, aku begitu gembira sepanjang aku berada di UTP.. tidak sedikit pun aku bermasam muka jauh sekali mencuka di riak wajah.. setiap saat disulami dengan senyuman dan gelak ketawa.. dan inilah yang aku cari.. bukan senang aku diberi peluang begini.. :)

sedikit penat tetapi puas.. sukar untuk gambarkan perasaan ini.. walaupun ade jugak halangan kecil tapi aku dan rakan2 seperjuangan dapat atasi dengan mudah.. berkat kerjasama dan kesungguhan kami akhirnya persembahan ini mendapat tempat dihati tuanku sultan perak.. alhamdulillah!!

selesai membuat persembahan kami dikejutkan dengan berita bahawa sultan perak nak berjumpa di dewan santapan.. aku dan rakan2 bergegas pergi.. gigih berkaki ayam jah!!! sempat sepanjang berjalan menuju ke dewan itu pelbagai telahan dibuat.. hahahah lawak lah.. ade yang takut, gementar, gembira dan teruja.. haha!


rupanya2 sultan perak menjemput kami semua makan bersama pada malam tu.. fuhhh!! bangga giler arh!! teros je hilang penat!! siriyess rase dihargai.. bukan senang punya peluang sebegini kan.. hurm >,< ape lagikk melantak la aku!! yang penting popiah menjadi hidangan pada malam tuh.. bangga member aku si popiah pian tuh!! hebat!! (^_^)v

dan aku pulak tak sempat nak kumpul gambar bebanyak lagik sebab sibuk sangat.. ade sekeping gambar diatas.. tu pun kamera henpon.. dengan sorang mamat yang main okestra cina.. gempak giler dia main.. \(^_^)/ tunggu jelar ya.. hahaha banyak kot gambar tertunggak aku tak sempat upload.. semua gambar kat orang.. hehe..

tapi siriyess.. seronok.. geng2 UTP pun best!! semua nya baik2 dan boleh bkerjasama dengan mudah.. yang penting semangat tuh tetap selari.. malam konsert tuh diserikan lagi dengan kehadiran aishah dan sohaimi mior hassan.. bestlah!! 

review sikit!! latihan kami cuma beberapa kali jah.. kehadiran aku sehari sebelum persembahan tu adalah kali pertama aku dan rakan2 sepenarian berkumpul.. yakin ya, aku masuk je menari walau pun tak tau step lagi!!

kami sempat meluangkan masa seharian di bandar ipoh untuk berjalan2, shopping dan meraikan birthday girl nurul.. selebihnya aku dan rakan2 menghabiskan masa, menghabiskan makanan, menghabiskan minuman, menghabiskan mekap dan segalanya di UTP!! ngeee...


P/S : PEGANG TANGAN.. TARIK NAFAS...HEMBUS.. :P


Sekecil Hati Hamster (Ryu Hazmie)

1 comment:

LuMos mAXimA said...

tomei plak org sblh tu~hihihi.