Kisah Patung Hitam Putih!!


sejak pertama kali melangkah masuk ke rumah ini.. patung itu diletak terus diatas meja.. kerana di meja itulah aku setiap hari gunakan untuk membuat kerja selain melukis yang merupakan hobi aku dari kecil.. setiap hari pasti aku melihatnya.. senang dilihat dan mudah untuk aku capai..

ia tidak besar, tidak juga berat.. hanya sebesar telapak tangan.. berupa figura manusia sedang berdakapan sesama sendiri.. hitam dan putih.. diperbuat dari tanah liat dan seramik ini punya nilai estetikanya sendiri.. 

dulu pernah di cuci setiap hari.. supaya kilatnya sentiasa teserlah.. dan setiap hari patung bisu ini setia mendengar keluhan hati.. malah menjadi teman di kamar.. setia berpelukan.. sangat comel..

tapi sayang, ia pernah dimasukkan kedalam kotak hitam.. hampir dibuang.. tetapi aku keluarkan semula dan diletak kembali ketempat asal.. apa salahnya?? patung itu tidak salah.. biarkan ia disitu.. menjadi teman di kamar ini..

mungkin fantasi mengiyakan bahawa patung itu terjaga ketika aku tidur.. dan ketika itulah patung itu mungkin menangis kerana selamanya ia disitu.. atau mungkin ketawa bermain bersama pasangannya.. tiada siapa yang tahu kan..

mungkin patung kecil ni bosan melihat aku..?? atau benci melihat aku?? atau mungkin juga bertuah kerana punya aku?? hurmm sape leh jawab?? tapi apepun.. biarkan patung itu terus disitu.. supaya segalanya tidak lenyap.. 





P/S: RINDU MEE UDANG, PESTA PENANG, FERINGGHI, *TEMPAT ASAL PATUNG HITAM PUTIH


Sekecil Hati Hamster (Ryu Hazmie)

No comments: