Cerita Bebudak!!

Salam bertemu.. hai adik2 semua sihat?? adik2 da makan?? kerja sekolah da buat?? haaa.. bagi siapa yang belum buat kerja sekolah tuh lepas ni buat ok! kalau tak nanti kena marah dengan cikgu pulak.. okeyh sape nak dengar cerita.. arini kita cerita tentang gajah!! sape kenal gajah?? semua orang kenal gajah kan.. bagus!!

kalau adik2 nak tau Gajah Afrika merupakan haiwan daratan terbesar di dunia. Sepanjang 55 juta tahun terdapat 500 spesies gajah yang dikenalpasti dan hanya dua spesies yang masih kekal iaitu Gajah Asia dan Gajah Afrika. Spesies Gajah Asia dan Gajah Afrika mula berpecah kira-kira dua juta tahun dahulu. Dari jurai keturunan spesies Gajah Asia terhasillah gajah mammoth yang bagaimanapun kini telah pupus. hah hebatkan sajarah gajah ni..

tapi ade kisah dongeng mengenai gajah ni... satu masa dahulu sewaktu mula2 gajah ditemui.. hanya wujud sekeluarga gajah sahaja didunia.. pada waktu itu gajah bewarna putih.. satu hari ketika sedang bersiar2 anak gajah bertemu dengan burung merak.. anak gajah kagum melihat warna bulu burung merak yang berwarna-warni.. lalu dia bertanya "wahai merak cantiknya warna kau" merak menjawab dengan megahnya. "aku sangat menjaga warna bulu aku.. kalau kau nak warna macam aku kau kenalah mandi selalu.. barulah bersih dan cantik".


anak gajah yang sentap mendengar statemanet merak pergi mendapatkan ibunya.. ibu gajah pun makan hati lalu membawa mereka sekeluarga mandi manda.. selesai mandi mereka mendapati warna kulit mereka menjadi kemerahan dek warna air tanah.. tapi warna itu belum cukup memuaskan hati keluarga gajah!!

anak gajah bertanya pada rusa, " hoit rusa mane kau dapat warna coklat bertompok putih itu?" rusa menjawab " aku mandi menggunakan air tasik.." maka gajah2 itu pun pergi kearah tasik untuk mendapatkan warna yang cantik seperti rusa!! tetapi hasilnya tidak seperti yang dikehendaki oleh gajah!!


lalu anak gajah berjumpa pula dengan burung gagak.. "wahai gagak, bagaimana kau mendapatkan warna hitam pekat pada bulu kau itu?" gagak menjawab " aku mandi lumpur di kuala sungai".

tanpa membuang masa anak gajah dan keluarga pun berlari menuju ke lumpur.. selepas seharian mereka mandi manda di lumpur mereka mendapati warna kulit mereka menjadi kelabu kehitaman.. dan warna itu sukar dihilangkan..



akhirnya gajah2 itu putus asa.. oleh kerana terlalu taksub nak cantik akhirnya mereka mendapat warna yang tak cantik.. kelabu.. mereka akhirnya sedar.. jika tidak bersyukur dengan apa yang mereka ada.. dan tidak pernah berpuas hati dengan apa yang telah dikurniakan..

..jadi adik2 boleh fikir2kan ya moral cerita ni.. renung2kan.. SENYUM :)





P/S : TIBE2 TERINGAT PEPATAH, HATI GAJAH SAMA DILAPAH, HATI SEMUT SAMA DICICAH!! +.+




Sekecil Hati Hamster (Ryu Hazmie)

1 comment:

@reltzsensei said...

hik3..lucu r..