Aku Bosan Dengan Penat

eeeuuuwww.. tajuk entri da macam give up giler!! hahahah saje jelar nak wat saspen.. huhu.. yang penting memang aku penat.. sebab aku baru je balik dari majlis kawen abang kepada member aku.. so, bebudak tarian pun ade gak buat persembahan sempena majlis tuh! aku?? takkan aku naik pelamin kot!! aku seperti biase tolong2 ape yang patut.. hurrmm.. semalam pun aku bawak bebudak pegi show jugak.. kat satu tempat neh.. macam best je nak cerita kannn.. walaupun cerita tuh tak best lansung!! sape nak tau sila bace.. sape taknak tau ok bye!! :p

semalam aku telah membawa kumpulan tarian untuk membuat persembahan sempena adalah... rahsia!! kat satu tempat neh.. adelah.. rahsia!! :) nak dijadikan cerita, petang jumaat aritu kami dijanjikan untuk membuat rehearsal pada jam 5 petang.. dengan gigihnya aku pun pergi lah dengan bebudak dan mak budak pergi ketempat yang dijanjikan.. sampai je kat tempat tuh, ooo emmm jiiee... nang hador!! bukan ape, tak macam tempat show je.. tak macam ade program je.. rupe2 nya baru nak setup tempat!!! pada tanggapan kami yang mulanya kami akan diberi penerangan oleh pihak penganjur tentang perjalanan majlis. tetapi mereka juga memang sah tak membuat apa2 persediaan lansung!! suka hati dorang je nak buat ape!! harapkan pentas?? lantai tempat menari pun takde!! malah sistem bunyi pun takde lagi waktu tuh!!! aku ulangi yer.. sistem bunyi pun takde!! hahahahaha!


jadi kami pun pulang la setelah faham tentang keadaan sekeliling tempat persembahan kami esoknya itu (dalam erti kata lain, ktorg duduk tercegat je kat situ sebenarnya tanpa sebarang maklumat yang sah) aku da mula rasa musykil tentang kehebatan penganjur.. puas aku berfikir.. salah siapa? salah manusia kah? salah geng2 aku kah? salah mata aku kah? salah bebudak aku kah? salah penerima jemputan persembahan kah? huhuhu..


keesokan paginya seawal jam 7 am, aku bersiap sedia menuju ke kampus.. kami pun sibuk mencantikkan diri setelah melihat jarum jam menunjukkan angka 8.30 pagi.. dengan keadaan perut yang sibuk mendendangkan irama keroncong kerana tidak diisi sejak bangun tidur.. gigih aku supaya mereka tampak anggun dan cantik serta gagah perkasa! sesuai ke ayat tuh?? huhu abaikan...

jam menunjukkan tepat pukul 10.00 pagi!! cepat!!! aku bertempik dan kami pun bergegas ke tempat kejadian.. sampai sahaja di tempat kejadian, aku di sentap dengan ayat, "saya ingat korang da tak datang!! vip da sampai tol cepat bersedia.." wow... seronok hati ni mendengar ucapan aluan dari pihak penganjur..

setelah vip sampai, kami berarak mendung menuju ketempat perasmian tapi malangnya kemanakah harus kami bawakan vip ituh?? aku dengan yakin menyuruh bebudak tarian berhenti dan pose jer kat depan tempat perasmian!! yang penting senyum!! :) bila aku suruh mereka letakkan bunga pahar dan tepak sirih ketepi (kerana bebudak ni nak buat tarian zapin lepas tuh), tibe2 je penganjur telah mencantas tindakan aku!!

"eh, diorang ni kena stay sebab lepas ni dorang nak menari!" aku senyum je dan buat bodoh sambil budak tarian terus meletakkan props tuh ketepi.. dalam hati, "aku ke bodoh?? : menari zapin sambil pegang tepak sirih, bunga pahar dan bunga manggar??" huhu abaikan.. itulah kesan jika terlalu yakin pada diri sendiri dan yang pasti tolong jangan verangan!! jangan verangan!! amaran keras ok.

kemudian tarian berjalan seperti biasa.. eh maaf bukan.. seperti luar biasa. kerana terdapat beberapa gangguan seperti kata2 dari pihak penganjur , komen, muzik terpaksa diperlahankan kerana pihak penganjur ingin membuat ulasan tentang tarian ketika tarian sedang ditarikan!!! seronok!!! seronok berkerja dengan mereka yang terlalu banyak membuat program!! betapa butanya sifat itu.. lansung menjatuhkan imej mereka yang selama ini berada di puncak!!


setelah selesai membuat tarian pertama, pihak penganjur mengumumkan bahawa program akan berpindah ke pentas utama!!! WOW!!! dengarnya seperti konsert jom heboh bukan?? memang bukan pun!!!! sebab pentas utama itu hanya seluas separuh khemah yang hanya muat 5 orang!! atau lebih sesuai jika aku katakan hanya seluas sebiji kereta. ohh tuhan, rahmatilah mereka!!! :)

dengan kerusi vip didepan pentas tuh lah penari seramai lapan orang membuat persembahan.. aku rasa seperti menari di atas podium mase clubbin' jer!! tarian joget dan dabus dipersembahan.. nyaris2 dabus tuh nak mencucuk mata vip.. tapi lebih elok jika dabus itu mencucuk mata pihak penganjur yang buta tak nampak ke betapa besarnya pentas utama yang dimaksudkan mereka!!

setelah menari didalam keadaan panas, tertekan dan terganggu itu kami pun mengambil keputusan untuk pulang terus ke kampus.. tanpa ucapan terima kasih malah senyuman pun tidak kami terima... (dalam hati aku, inikah yang dikatakan ikhlas??) adakah rezeki yang kami terima ini ikhlas?? dan adakah ini balasannya? atau mungkin dugaan.. ya, dugaan mungkin!

tanpa sebarang pembelaan dari mana2 pihak (walaupun aku sangat berharap agar ade seseorang untuk aku luahkan agar dapat pembelaan) aku pun terus balik tanpa makan dan minum.. sampai di studio tari, aku dan penari2 terus simpan semua barang... aku rasa bersalah terhadap rakan2 tugas kerana seperti menyusahkan mereka.. rasa bersalah terhadap penari2 kerana mungkin memalukan mereka.. dan bersalah terhadap pihak penganjur kerana aku telah banyak carutkan mereka..

aku diam.. dan aku penat dengan semua ni.. kerana kita sebagai manusia memang tidak lari dari kelemahan.. kami juga punya kelemahan dan pihak penganjur juga punya kelemahan.. tetapi selagi kita bernama manusia dan bersaudara seagama, apa salahnya jika kebajikkan sesama insan itu kita jaga.. walaupun tidak sebagai jemputan khas, kita harus memuliakan sesiapa sahaja yang datang ke tempat kita.. tetamu yang bertandang harus di layan sebaik2nya.. itu mencerminkan diri kita :) oklah aku nak tido.. da penat lah.. nanite!


~taknak fikir dah, da lepas tuh lepas.. senyum jer :)


Sekecil Hati Hamster (Ryu Hazmie)

3 comments:

@reltzsensei said...

wow..entry yg ckop pjg namun meriah..pglman berhari tersimpul dengan satu entry..xpew sabo ek..tula nmenyer keje kn?lme xberjoget..reti kew???hak3...

LuMos mAXimA said...

choila pihak penganjur tuh!
nk kan penari...harusla layan ngn sebaiknya..hurmm...
tetibe i plak yg penatkn..

ryuhazmie said...

Perkerja buruh asing pun orang bagi makan.. da macam ni kerja lagi ke namanya.. betul tuh kalau nak penari sila jaga kebajikan dengan baik.. kita menari bukan tak guna tenaga dan masa.. harap faham..