Fitnah!! Gossip!! Keliru!!



Baru -baru ini sy telah mendapat satu panggilan telefon dari seseorang.. bukannya saya kenal sgt dia.. baru jumpa sekali je.. saya kenal dia pun melalui seorang kawan baik neh!.. then entah macamane saya baik ati sangat telah memberikan no telefon pada dia.. dengan niat dihati memang ikhlas ingin berkawan.. tapi malangnya bila saya telah menerima cerita yang tak enak didengar oleh telinga saya neh bila dia telefon.. bukan setakat gatal malah rase seperti tebal je cuping telinga..

saya terkejut mendengar cerita dia.. yang menceritakan perihal kawan baik saya sendiri.. walaupun memang wujud persengketaan antara kawan2 saya.. tapi itu hal mereka.. saya setakat kawan mereka dan saya kalau boleh taknak lah dorang gaduh2 kan!! membanyakkan masalah je nanti.. tapi entah macamane dia ni pulak menyampaikan berita yang membuatkan bulu roma saya meremang semacam.. da macam cerita mistik pulak! :p




saya terkesima.. tapi pura2 cool.. takkan saya nak gelakkan cerita dia pulak kan.. saya diam je.. sebab saya sebenarnya terkejut!! saya tak mampu nak jawab ape.. so, saya terus diam dan dengar je cerita dia!! *dan saya mengaku sedikit menyesal kerana membiarkan telinga saya mendengar cerita tuh!! seperti entri saya yang lepas.. baik buruk seseorang tuh, dia juga adalah sahabat sejati kita!! macam tuh lar yang saya rasa.. saya tanyakan pada si pemanggil tadi.. betul ke?? jangan buat cerita!! dan dia mengiyakan soalan saya tuh!! saya keliru dan masih tidak percaya!!! 

sekarang saya berusaha mencari ikhtiar agar kebenaran tu teserlah.. saya nak pastikan.. tapi biarlah dengan cara yang baik.. jika benar, maka benarlah.. jika tidak maka itu adalah fitnah.. dan saya rasa berdosa kerana telah mendengar fitnah itu! tetapi saya mengaku yang saya tidak percaya selagi tiada bukti dan pengakuan dari kawan saya!! kita tak boleh dengar cakap seorang je.. kita kena tanya jugak orang lain.. dan empunya diri sendiri tuh!! jika tak benar???? dosa je dapat kan!!

andai kata ade cerita2 pun, saya rase baik lah jangan nak hebohkan kat orang lain.. tak baik.. biarlah hal orang.. jika terbukti salah kita betulkan.. sama2 kita tegur menegur.. hurm.. da cerita tentang gossip2 yang saya terdengar tuh apa kata kita renung2kan dosa menfitnah ni.. jom baca!!


HATI adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan Allah sebagai titik untuk menilai keikhlasan. Di hati lahirnya niat yang menjadi penentu sesuatu amalan diterima sebagai pahala atau sebaliknya. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik supaya tidak rosak, sakit, buta, keras dan tidak mati bagi mengelak penyakit masyarakat yang berpunca daripada hati.

Kerosakan pada hati membawa kepada kerosakan seluruh nilai hidup pada diri seseorang individu. Penyakit hati yang menyerang kebanyakan kita ialah penyakit fitnah, sama ada menjadi penyebar atau mudah mempercayai fitnah. Perbuatan fitnah adalah sebahagian perbuatan mengadu-domba yang mudah menyebabkan permusuhan dua pihak yang dikaitkan dengan fitnah berkenaan. Masyarakat yang dipenuhi budaya fitnah akan hidup dalam keadaan gawat. Sebelah pihak sibuk menyebarkan fitnah dan sebelah pihak lagi terpaksa berusaha menangkis fitnah itu. 

Natijah akibat perbuatan itu boleh mencetus persengketaan dan mungkin berakhir dengan tragedi kerugian harta benda dan nyawa. Individu yang suka menyebar fitnah sentiasa mencari kejadian atau berita boleh dijadikan bahan fitnah. Dengan sedikit maklumat, berita itu terus disebarkan melalui pelbagai saluran yang merebak dengan mudah. Berita sensasi, terutama berkaitan individu ternama dan selebriti mudah mendapat perhatian khalayak.

Apabila fitnah tersebar secara berleluasa, ia bermakna nilai agama sudah musnah dalam diri seseorang atau masyarakat. Islam bertegas tidak membenarkan sebarang bentuk fitnah biarpun untuk tujuan apa sekalipun. Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah.


Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.


Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan "dengar khabar" mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah.


Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.


Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah.


Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

Fikir-fikirkanlah, sebelum menghantar e-mel, SMS, Surat, menulis blog dan sebagainya. PEACE!!!



Sekecil Hati Hamster (Ryu Hazmie)

6 comments:

LuMos mAXimA said...

hurm..hot story gak!

Ryu Hazmie said...

memang HOT!! tapi i takut.. i taknak terlibat dengan mane2 fitnah.. jauhilah hendaknya..

..hizamirahim.. said...

wah.
panjangnye.
nak terkeluar bijik mata baca.
haha.

@reltzsensei said...

wah..btol tu..hal org watpe kiter nk sebok2kn??biala..xyah nk jadik batu api..nnti xpasal2 kiter plak yg dibenci org..masalah die ngn kwn kiter tu hal die..watpe nk kiter campor kn??hik3..

yetNaza said...

sgt2 stuju.. manusie cm 2 skrg ni makin bnyak... mintak dijauhkan~~

Anonymous said...

it's not important... just ignore it..