:: Sinar Ramadhan ::

Pengalaman saya selama beberapa bulan kebelakangan ini yang sedang melawan penyakit yang merubah diri saya.
Saya mula menyedari sesuatu yang pelik apabila saya selesai menjalani latihan tarian (salah satu aktiviti) yang sering saya lakukan setiap minggu. Ketika bangun pagi saya berasa nyeri dibahagian betis kaki. Apabila diselidik terdapat ketulan kecil dibahagian tulang betis. Saya menganggap saya telah melanggar sesuatu ketika saya tidur. *agak aneh kerana selalunya saya tidur dengan posisi yang sopan (hasil pemerhatian rakan2).  hahahhaha.
Setelah seharian, ketulan kecil itu semakin sakit dan buat saya rasa terganggu. Saya periksa dan dapati bahawa tiada lansung kesan kecederaan dari luar. Dan ya dehhh, ia cedera dari dalam. Saya anggap kaki saya cedera akibat aktiviti tarian saya sebelum itu..
Setelah dua hari, saya pun siap berbengkel tarian bersama rakan2, keadaan kaki semakin parah kerana ia semakin membengkak. Saya terus memecut sendirian ke Hospital Kuala Lumpur. Sampai di sana saya keseorangan menapak dari Jabatan Kecemasan ke Jabatan Pesakit Luar.
Hasil pemeriksaan mendapati otot kaki saya telah dijangkiti kuman dan segera saya ditahan 1 malam di wad. Doktor membekalkan saya dengan pelbagai jenis antibiotik serta ubat tahan sakit. Selain itu saya juga ditarbiyahkan oleh doktor yang bingung akan kejadian bengkak misteri tu.
Setelah tiga hari saya masih bermasalah dengan kaki yang semakin parah. Ia bengkak dan kemerahan (hampir kebiruan sebenarnya). Maka saya gigihkan diri ke Klinik Kesihatan Petaling Bahagia. Saya diberi tempoh seminggu untuk menghabiskan semua antibiotik sehingga betis saya surut bengkak. Di klinik itu, saya juga ditarbiyah sekali lagi dan doktor telah membuat keputusan untuk melakukan pemeriksaan lanjut bersama pakar tulang..
Segalanya berubah setelah berjumpa dengan pakar tulang.. Saya bukan lagi lelaki bersayap yang biasanya terkinja2 melompat. Saya umpama anak burung yang mahu belajar terbang tetapi sayapnya dipatahkan. Apakah saya bisa terbang??
Apapun kini, saya masih dalam tempoh perubatan. Masih dalam tempoh dimana saya mahu kekal positif dan mahu berdepan dengan senyuman. Didepan Allah, saya cuma mampu menitiskan airmata. Tiada aduan mahu saya buat. Saya terima ketentuan yang telah tertulis. Doakan saya rakan2. Saya ini cuma seorang kerdil yang mahu menumpang sebentar di dunia ini..
Sekarang: perbelanjaan, pengurusan, kewangan juga sedang saya usahakan sendiri. Pengajian membutuhkan saya untuk menangguhkan ia sementara. Demi Allah saya berjanji akan menimba ilmu walau dimana dan pada bila2 masa dimasa akan datang.. Rasa susah yang dirasakan sekarang saya pikul sendirian dan terus saya berusaha untuk bernafas..
Di bulan Ramadhan ini saya menitip entri ini bersama airmata. Sedikit sebanyak hela nafas lega terhembus keluar tanpa saya sedari. Umpama satu terapi bila saya menitip di sini. Semoga Allah melindungi saya dan saya mahu kalian terus ada bersama dengan saya supaya saya tidak mengalah dan terus kuat..
P/S: KEKAL POSITIF.
Yes!! We Can Grow Up Together!!

No comments: