:: Doa Dari Kejauhan ::

Assalamualaikum..

Alhamdulillah berjaya melepasi hampir seminggu di bulan ramadhan. hikmah 10 hari pertama di bulan Ramadhan Allah SWT memberikan rahmat dan limpahan pahala dari berbagai amalan yang kita lakukan selama puasa. Semoga kita semua berjaya menjalani bulan mulia dengan segala kebaikkan.

Saya percaya segala doa kita didengari Allah kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui segalanya. ketika kita sedang berasa jatuh tersungkur tanpa kita duga sebenarnya ada yang menyambut dan meletakkan kita dengan cara yang paling berhalus..

Pada entri yang lepas menyaksikan saya agak beremosi dalam penulisan tersebut. percayalah ia hanyalah luahan yang mampu saya buat untuk melepaskan apa yang terbuku dari hati. sebanyak mana dugaan yang kita rasakan; bersyukurlah kerana masih ada orang yang lebih tabah dari kita.

saya juga mahu sesiapa yang membaca entri ini melihat dari sisi atas dan bandingkan bahawa setiap dari kita mempunyai dugaan masing2 dalam cara yang berbeza. Allah mendatangkan kita dugaan kerana Dia tahu kita mampu mengatasinya.. Jangan kecewa dengan dugaan yang menimpa. tangani dengan keredhaan dan keimanan.

Seperti satu peringatan, ketika saya mengeluh dengan masalah sendiri, saya mendapat berita mengatakan seorang rakan saya ditimpa musibah dan pasti apa yang menimpanya berkali ganda dari saya.. Seolah2 Allah mahu saya membuka minda bahawa bersyukur dengan dugaan yang diberikan kepada saya selama ini.

Ternyata kini saya hanya mampu menitip doa buat rakan saya dari jauh. dia seorang yang ceria dan suka membuat orang lain ketawa. kini biar saya dan rakan2 lain pula buat dia ketawa. *Buat Hamidee aka Manja.. Kita semua kawan2 sayang kau.. Tabahkan hati. Kuatkan Semangat. Allah ada.. :-)

No comments: