Cerita Tanpa Sempadan


Perkara pertama yang saya terfikir sejak balik tadi, adalah untuk menaip entri ni. saya sebenarnya baru je sampai rumah dari program diluar. selesai mandi dan berkemas apa yang patut, nahhh jemari ligat je menitip untuk cerita yang saya kira agak lari dari kebiasaan.. ya lari dari kebiasaan kita yang hidup secara normal di dunia nyata ini.. tetapi tidak bagi individu yang hijabnya terbuka sejak lahir.. saya bukanlah orang yang mempunyai kebolehan sebegitu tetapi sedikit sebanyak saya punya pengalaman yang saya nak kongsikan..

Semua idea gila nak menulis cerita ni tercetus ketika saya di dalam lift masa  nak ke rumah tadi. jam 11 malam. seorang diri di dalam lift. walau jarak antara level bawah dengan tingkat 3 rumah saya tu tidaklah sejauh mana.. tapi saya lebih rela menggunakan lift berbanding memanjat tangga yang nampak lebih suram. ketika melangkah memasuki lift, rasa sedikit tersentap sedikit kerana terasa ada angin menerjah masuk sama. hati memujuk "sejuknya angin malam.. "

Sebaik saja tangan menekan butang 3 dan pintu lift tertutup, tiba2 tengkuk rasa seperti ditiup dari belakang.. ya, saya pasti memang saya berseorangan di dalam lift. sambil kaki melangkah sedikit kebelakang dan merapati dinding. tujuannya agar saya dapat melihat keseluruh ruang lift. pasti: saya sendirian. terus keluar... tanpa menoleh kebelakang..

*** Tahun 2012,

Wahhh hati rasa teruja semacam bila tibanya hari jumaat. maklumlah setelah penat bekerja hampir 2 minggu tanpa rehat malah sabtu dan ahad juga terkorban dek kerana program yang berturut2. maka hari ini merupakan hari yang ditunggu2 sejak dua minggu sebelum ini. baru nak merasa hujung minggu. tambahan pula minggu gaji. memang berbunga2 la muka ni.

Jam di dinding pejabat yang bercat hijau pucuk pisang menunjukkan jam 4.30 petang.. haiii mana datang idea warna hijau pucuk pisang tu dipilih, saya pun tak tau. mungkin mahu lari dari sifat pejabat2 lain yang agak skema teka saya. otak cuba fokus tetapi bukan saja otak dan mata, malah semua anggota fizikal dan mental pun sudah tidak punya minat lagi untuk membuat kerja.

Jiwa ni dah melayang di kotaraya Kuala Lumpur dan rakan baik saya Aruel si mulut becok tetapi setia menemani saya sepanjang di Kuala Lumpur. begitulah acara kehidupan hujung minggu saya. apa nak dibuat di pekan kecil ini. ada baiknya bersama rakan2, berlibur mengisi masa sambil2 menghilangkan stress kerja yang tak pernah habis..

sebaik sahaja waktu kerja tamat, saya terus melompat dan pulang kerumah. seperti biasa; bersiap2, kemas rumah, cuci baju segala. siap2 mandi dan membawa serba sedikit brg peribadi. tatkala nak melangkah keluar rumah; oowhhh demm! sneakers saya ditinggalkan di bawah meja pejabat. jangan tanya kenapa sneakers saya ada dipejabat! maklumlah dua minggu program bersusun maka pejabat pun jadilah rumah kedua..

7.00pm.. saya pun gigih ke pejabat semata2 nak ambil sneakers yang tertinggal tu sambil mulut menyumpah2. sudah la pejabat di tingkat 4. tanpa lift. hanya tangga yang perlu berpusing kira2 lapan kali kerana setiap tingkat ada dua tangga yang bersilang. (cuba fahamkan keadaan tangga tu? x faham takpe.. lol) sambil memanjat tangga otak ligat memikirkan lagi segala ayat sumpahan... opis tingkat 4.. menyusahkan.. takde lift.. barang berat.. sapa punya design bangunan.. tak bertauliah.. kedekut.. bajet ciput.. kenapa pilih tingkat 4..

Akhirnya sampai pun pejabat! fuhhhh gelap. perlahan2 saya buka grill dan menguak pintu kayu.. disebabkan rasa nak cepat2 blah maka saya pun terus je menonong masuk tanpa membuka suis lampu. jarak antara meja saya dan pintu pejabat tidak la jauh tetapi kena lalu meja n sofa tetamu. al maklumlah, pejabat ni sering menerima kunjungan pelawat, maka sofa dan meja kopi tu memang tempat tetamu menunggu..

Saya menyarung sneakers dan yesss lengkap sudah rasanya. terus bangun dan menuju ke pintu. sedang menuju ke pintu pejabat mata sempat menjeling sofa. dalam samar2 kegelapan senja itu saya melihat sesusuk tubuh sedang duduk sambil memerhatikan saya.. hitam.. tanpa raut wajah. hanya satu lembaga hitam. legap tanpa biasan cahaya. dari pandangan mata yang mampu menangkap imej tu: ia seakan susuk seorang lelaki yang besar dengan ketinggian lebih 6kaki. bersusuk tegap sambil tangannya diletakkan dilutut kiri dan kanan..

saya?? memandang tanpa memikirkan apa2. ketika itu hanya menganggap ia adalah seorang lelaki.. ya hanya seorang lelaki.. apa nak hairan?? saya pun terus menutup pintu dan menarik grill. ketika menarik grill barulah otak boleh bertindak secara waras. siapa lelaki tu? macamana dia masuk? kenapa di disitu? dan seiring dengan persoalan yang bertubi2 itu maka darah terasa mengalir laju, bula roma menegak, nafas sesak dan jantung berdegup kencang.

mangga siap dikunci! tiba2 tengkuk rasa seperti ditiup seseorang dari belakang. saya terus melangkah laju dan ya hampir berlari sebenarnya.. saya terus melangkah menuruni dan keluar dari bangunan 4 tingkat tersebut tanpa menoleh kebelakang, terus keluar tanpa menoleh kebelakang!


P/S: ADA BEBERAPA PENGALAMAN MISTIK SAYA DIBANGUNAN YANG SAMA. LAIN KALI SAYA CERITA!

No comments: