Bonus!


Menjadi medan segala imformasi: Internet kini bukanlah sesuatu yang asing bagi kita. malah anak2 kecil pun sudah pandai mengendalikan gadjet. kita tidak mampu menghalang kemajuan teknologi tetapi kita boleh menapis info2 yang hendak diserapkan kepada anak2 kecil. maklumlah saya dulu masa kecik mana ada internet ni semua. segala informasi hanya didapati melalui lisan,  radio, tv dan akhbar je..

Samalah juga dengan ilmu2 dalam masakan. sekarang nak dapatkan resepi, klik google pakai henfon pun dah boleh. memang betul2 dihujung jari. maka tersenarailah pelbagai jenis resepi kaedah dan tips2 yang digunapakai. bayangkan dulu2 mak2 kita belajar memasak siap salin dikertas.. dikumpulkan.. menjadi satu buku resepi. satu buku tulisan tangan.

Tidak padan dengan itu, kelas memasak juga diadakan dirumah2 jiran maka berkumpul la suri rumah untuk melihat dan mempelajari sendiri resepi2 terbaru ketika itu. Arwah ibu saya adalah antara suri rumah sepenuh masa yang paling saya kagumi kebolehan memasak beliau. malah arwah ibu juga sering dipanggil untuk menyediakan juadah pengantin bagi makan beradab majlis perkahwinan orang melayu. selain itu, arwah ibu juga berkebolehan membuat kek pengantin!

Saya adalah peneman setia arwah ibu ketika beliau membuat kek. kerana saya adalah penggemar tegar kek dan biskut! apa yang manisnya seingat saya ialah sesudah bancuhan kek dimasukkan ke dalam loyang pembakar maka saya akan menjilat bancuhan kek yang bersisa di dalam bekas adunan.. hahahah saya percaya bukan saya seorang yang macam tu kan?

Bonus  yang saya terima rasanya cukup berbaloi, dek rasa lemak manis bancuhan kek yang bermain dilidah sy ketika itu. sedangkan arwah ibu lenguh tangannya kerana dimasa itu semua proses pembuatan kek adalah secara manual. ibu hanya mampu tersenyum melihat gelagat saya.. sehingga kini, aroma kek dibakar adalah aroma nostalgia yang takkan saya lupakan. seumpama mencium wangian kasturi dari syurga perasaanya.

Sesudah kek siap dibakar dan disejukkan, selalunya arwah ibu akan siap2 dgn segala bahan untuk membuat icing cream.. saya juga masih setia ditepi dapur.. rasanya tak perlu lagi saya jelaskan kenapa. pasti ada bonus.. haha!

Situasi sebegitu secara tidak lansung telah memberikan saya pendedahan dan seumpama kelas memasak tidak formal bagi saya. sedikit sebanyak segala teknik dan kaedah yang dipraktikkan arwah ibu masih berakar umbi dalam diri saya.

Ya,bukan hanya ketika membuat kek malah untuk segala jenis masakan harian dan juga persiapan menu hari raya. mungkin sebab itu, walaupun pertama kali saya memasak sesuatu masakan saya umpama telah berpengalaman dalam menyediakan hidangan tersebut. ia merupakan satu bonus!



P/S: KALAU ADA ANAK, BAWAK2 LAH MASUK DAPUR. LUANGKAN MASA BERSAMA DI DAPUR ITU PASTI LEBIH MANIS!

No comments: