Rezeki Yang Tersembunyi

Assalamualaikum..

Mudah sahaja saya sekarang, seusai melakukan urusan2 yang patut, saya meringankan kaki melangkah ke taman berhampiran rumah. ternyata rasa lapang tatkala menghirup udara segar berlatarkan cahaya matahari yang kian condong. sedikit sebanyak dapat melegakan rongga pernafasan yang ternyata sempit sejak akhir2 ini akibat stress mungkin. memujuk diri sendiri: Allah berikan saya peluang untuk terus bernafas. Alhamdulillah..

Saya berjalan ternyata tanpa berfikir apa.. sesekali terdengar suara kanak2 berlari dan bermain basikal. yang lainnya sibuk bersenam, jogging dan sebagainya. pelbagai bentuk dan rupa manusia ada kat sini. :)

sedang leka bermonolog sendiri dalam hati, saya terpandang seorang tua yang sedang menjual buah potong yang diisi dalam plastik2 kecil. saya menjangkakan harganya RM2 sepotong barangkali. jika ditempat saya dulu harganya RM1 sepotong. sesuai dengan kawasan kampus, sememangnya ia adalah harga pelajar. betik menjadi pilihan utama saya, jika tak dapat betik maka tembikai menjadi pilihan kedua seterusnya jambu. *buah tanpa asam. kerana bagi saya asam tu hanyalah pembunuh khasiat buah tersebut.

Ketika saya berada di tempat lama saya (di sebuah pekan kecil: kota ilmu) setiap petang saya pulang ke rumah berjalan kaki, saya akan melintas meja jualan seorang pakcik dalam lingkungan usia 50an. dia menjual pelbagai jenis buah2an potong. saya  menjadi pelanggannya setiap hari. lama kelamaan pakcik tu pun dah kenal saya. kadang2 saya beli bersama kawan. maka kawan saya pun pakcik tu kenal.

apa yang buat saya ingat pakcik tu sehingga hari ni ialah kebaikkan yang pakcik tu dah hulurkan pada saya. setiap kali saya beli buah, pasti akan disertakan dengan sedekah ikhlas (dua atau tiga potong buah2an) yang akan dimasukkan ke dalam plastik saya. saya pernah ingin membayarnya kerana malu dek setiap kali saya membeli pasti akan diberi lebih oleh pakcik tu.

akhirnya pakcik tu sendiri cakap, ia ikhlas dari dia dan dia memang berniat baik. sejak hari tu saya tak berani lagi menolak. malah saya juga membeli buah2 tu dengan banyak kerana boleh dijadikan snek waktu malam. pernah satu petang saya balik rumah dengan kawan opis. dia menumpangkan saya keretanya dan hantar terus ke rumah. maka petang tu memang saya tak singgah gerai pakcik..

~selesai mandi saya dengar orang memanggil saya. rupa2nya kawan saya datang sambil memegang satu beg plastik berisi buah betik dan tembikai. katanya dari pakcik yang menjual buah.. 

Sekarang saya dah tak tinggal kat sana lagi. tapi ingatan saya pada pakcik tu tak pernah pudar. biarpun simple je kebaikkan dia buat tapi ia sangat manis untuk dikenang. doa saya mengiringinya dari jauh. semoga Allah memberkati. InsyaAllah..



P/S : JANGAN JEMU BERBUAT BAIK

No comments: