Kehidupan Asrama


Assalamualaikum..

sejak kebelakangan ni saya ada masa terluang untuk menjengah ke blog ni. maka adalah sikit2 poret yang nak ditulis kat sini. kalau tak memang terbiar je lah blog ni. sekarang ni tengah duduk2 rehat selepas kemas bilik yang dah rupa kapal titanic. tadi sedang mengemas, teringat pulak masa zaman2 remaja dulu. dek sebab itu, saya cepat2 kemas bilik sebab tengah teruja nak menaip di papan kekunci ni.

saya dulu pernah bersekolah di asrama penuh. bila sebut je kehidupan asrama, pastinya yang pernah tinggal asrama seperti saya juga dapat menggambarkan seribu satu kejadian yang rata2nya sama je bagi semua orang. saya tak pasti bagaimana anak2 sekarang tinggal di asrama, tapi saya rasa lebih kurang sama je lagi.

baik dari segi hubungan sesama rakan bilik, sistem hierarki antara junior dan senior, kumpulan2 gengster kecil, pasukan sorak, geng kaki bangku, geng ulat buku, geng2 surau, budak2 skema serta segala macam pertubuhan underground yang lain semuanya ada. itu belum lagi dikupas isu geng2 ponteng prep, ponteng jamaah di surau (terutama solat subuh), isu keluar malam, menjadi tikus lalu bawah pagar asrama semata2 nak beli makanan ringan diluar malah ada juga geng2 exco asrama atau penjawat jawatan tertinggi di sekolah yang memang dilabel sebagai macai warden (oppppsss).. 

sebelum terlupa, perkara yang paling mengujakan saya ialah minggu balik kampung atau minggu outing. masa tulah kesempatan diambil untuk keluar bersama rakan2. mungkin disebabkan bosan terperuk di kawasan asrama, maka dapat keluar sebegitu pun dah cukup menggembirakan saya. malah, ada minggu2 tertentu saya akan ikut kawan saya balik ke rumahnya kerana rumah dia tak jauh dari sekolah berbanding rumah saya. saya tak kisah sangat asalkan dapat meluangkan masa bersama kawan.

aktiviti wajib yang akan dijalankan di asrama setiap minggu (kalau bukan minggu balik kampung) ialah gotong royong membersihkan kawasan asrama. hahahah, ini paling malas. orang lain sibuk mengemas, saya pula sibuk bermain2. haisshh tapi saya dan rakan2 satu dorm suka menghias dorm. dan pernah mendapat anugerah dorm paling cantik.. cetttt!

haha nakalnya di zaman sekolah dulu. saya antara rakan2 yang memang kerap menghabiskan masa di bilik seni sekolah. dek kerana saya dan rakan2 merupakan pelajar tingkatan 6 yang perlu menyiapkan tugasan iaitu folio seni yang sangat azab, maka disebabkan itu, masa kami banyak terluang di bilik seni. ada yang membuat batik dan ada juga yang membuat catan 2D. 

walaupun begitu, saya masih punya teman yang bukan jurusan seni. maka kami akan menjalani kehidupan asrama sama seperti pelajar yang lain. kebetulan asrama saya waktu tu adalah satu bilik yang agak kecil berbanding bilik orang lain (jumlah ahli dorm juga tak ramai macam dorm lain). di satu sudut bilik tu pulak ada satu bilik MNE yang agak tersorok. maka disitulah saya dan rakan2 akan lepak selepas jam 11pm kerana selepas waktu itu merupakan waktu lampu dipadamkan. kami yang masih aktif akan duduk didalam bilik tu untuk aktiviti utama kami iaitu makan, main game, bercerita, bergossip, menyanyi dan sebagainya. boleh dikatakan bilik kecil tersebut tak ubah fungsinya sebagai pusat sosial waktu malam bagi kami. hahaha 

saya percaya kehidupan asrama hampir sama je bagi setiap orang. yang saya sangat pasti sama ialah setiap pelajar akan disogokkan dengan kisah2 momok, misteri dan seram yang berlaku disekolah, tandas sekolah, dewan makan, bilik study, tapak asrama dan sebagainya. saya pun tak terlepas dari kisah2 seram dan mistik yang kononnya berlaku di asrama saya dulu. kerana tidak pernah mengalaminya sendiri, maka ia menguatkan firasat saya bahawa yang "hantu" tu adalah dari penghuni asrama tu sendiri.. hahaha

tinggal di asrama bersama rakan di usia sebegitu dimana ketika itulah proses eksplorasi bagi remaja, maka wujudlah idea2 yang kurang matang dan pelik. ditambah pulak dengan sikap keanak2an, maka kenakalan pelajar yang tinggal di asrama memang tak dapat disangkal lagi. banyak yang nak di ceritakan. haha rasanya cukuplah yang ini. yang lain biar saya simpan je dulu. mungkin akan ada kesempatan tangan ni ringan nak menaip lagi.. heheheh



P/S:: BERSYUKUR PASTI AKAN MEMBUKA PINTU KEBAIKKAN..

Yes!! We Can Grow Up Together!!

No comments: