Kehidupan Yang Satu Diberi Nafas Baru

Assalamualaikum.. Semoga kita berada di bawah keredhaan dan keberkatan Ilahi InsyaAllah..
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kerana dengan izinNya saya kini diberi kekuatan untuk menempuhi satu fasa baru dalam hidup saya, mungkin ia bersifat sementara atau ini adalah satu proses transformasi dalam perjalanan saya di dunia ni.. Jika sebelum ini saya begitu ghairah untuk mengejar kejayaan di dunia tetapi siapa saya untuk melawan takdir yang sememangnya sedia tertulis jalannya hidup saya adalah begini.

Beberapa kejadian sejak kebelakangan ini berlaku keatas saya dan secara jujur mengakui punya tekanan yang memberatkan sehingga saya jatuh ke aras paling dasar yang tak pernah saya jangkakan. jiwa dan hati hancur sehingga hampir mengoyangkan iman. Alhamdulillah Allah mendengar rayuan saya dan akhirnya saya pasrah dan berkeyakinan bahawa saya perlu terus hidup dan jalaninya dengan segala kebaikkan.

Kini saya seperti anak kecil.. mula bertatih belajar untuk berjalan. semoga saya boleh berjalan pantas kemudian terus berlari.. Doa buat arwah ibu umpama penawar dan sumber kekuatan. Berkat doa  kepada Allah yang saya pohon kini menjadi seperti satu sumber untuk saya mengadu..

Saya cuba menyesuaikan diri dengan keadaan baru ini. terus terang: ia jauh dari kehidupan saya sebelum ini.. ternyata bukan dikelilingi oleh orang2 seni atau yang punya apresiasi yang tinggi terhadap karya seni.. tetapi oleh orang2 yang saya rasa senang dan tidak terasing.. Alhamdulillah.

Buat keluarga yang bersusahan kerana permasalahan saya; ya saya akan terus usaha hingga saya mencapai kejayaan suatu hari kelak. tidak sesekali hati ini kosong tanpa kalian yang sedarah dengan saya.. Buat teman2 yang telah banyak membantu; jika budi ini saya tak mampu balas pada kalian, saya berjanji akan membalasnya pada anak cucu kalian. Alhamdulillah anda juga teman saya hingga ke syurga.. InsyaAllah..




P/S: DIMANIS GULA SEMUT BINASA, KAIL BERDURI BERSALUT UMPAN, DIMANIS KATA INSAN TERLENA, KERANA BUDI HAMBA TERKORBAN.

No comments: