Gossip?? Fitnah??

Sebagai manusia yang hidup di bumi Allah ini kita tidak akan lepas dari dugaan hidup.. seperti mana yang kita ketahui bahawa dunia merupakan jalan (transit sementara) yang menjadi penentu kehidupan kita di kemudian kelak.. oleh sebab itu kita diduga dengan pelbagai dugaan dan cabaran.. antara cabaran yang paling kita gentar ialah berhadapan fitnah dari orang lain.. sedar atau tidak kita sentiasa berhadapan dengan risiko fitnah kerana kejahilan pemikiran dan hasutan hawa nafsu manusia buta hati yang menyebabkan mereka sanggup menyebarkan fitnah..

saya teringat suatu ketika dahulu saya pernah membuat entri berkaitan dengan fitnah yang saya dengar mengenai kawan saya sila ikuti Fitnah!! Gossip!! Keliru!! ketika itu saya mendengar fitnah yang dilemparkan pada kawan saya sendiri.. dan akhirnya fitnah tu tak kemana.. kerana masa telah membuktikan segalanya.. 

dan saya akui juga, saya sendiri tidak terlepas dari difitnah atau digossipkan.. samada kita dengar dari orang lain mahupun kita dengar sendiri.. kerana ramai di kalangan manusia ni suka berkata perihal keburukan orang berbanding kebaikan..  walau apa pun kita hendaklah sentiasa memikirkan bahawa sesungguhnya jika yang diperkatakan (iaitu keburukan) adalah palsu, semoga Tuhan memaafkan saya.. dan jika yang diperkatakan itu benar, semoga Tuhan memaafkan dan memberikan kami semua kesedaran..




P/S: YOU KNOW MY NAME. NOT MY STORY.. :)


Yes!! We Can Grow Up Together!!

No comments: