Tukar Topik Kejap! :)

Semasa cuti Tahun Baru Cina yang lepas saya mengambil kesempatan untuk bercuti ke Langkawi.. sebenarnya perancangan untuk ke Langkawi telah dibuat lebih awal untuk mengelak sebarang kemungkinan yang berlaku.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupon ade juga halangan pada awalnya.. tapi berkat kegigihan saya dan beberapa orang rakan akhirnya kami berjaya menakluki Pulau Langkawi!! :)

percutian di Langkawi saya gunakan sepenuhnya untuk berlibur bersama rakan2 kesayangan.. sebab bagi saya inilah waktunya untuk kami bergembira dan melakukan sesuatu bersama agar menjadi kenang2an.. berbalik kepada kisah sepanjang di Langkawi:

saya sudah sedia menunggu rakan untuk bergerak sama dari selatan tanahair (Melaka) dan kami berkumpul di Tanjung Malim (Kota  Keriangan) haha.. pada esok harinya sesudah subuh kami bergerak menuju ke utara!! perjalanan kami lancar walaupun berlaku kesesakkan di beberapa tempat seperti di Ipoh, Penang dan Alor Setar.. lewat jam 2pm kami akhirnya sampai di Jeti Kuala Perlis.. jelas keterujaan di wajah masing2.. 


seperti yang dijangka, saya terpaksa beratur panjang untuk membeli tiket feri.. kesian melihat rakan2 yang kepenatan sebab takde tempat nak duduk dan pulak kena jaga beg saya.. dan juga sejujurnya kami menahan lapar waktu itu..  saya nak nasihatkan pada anda semua yang ingin ke Langkawi "belilah tiket terlebih dahulu" kerana takut beratur panjang di kaunter.. :) namum, tiket feri ni hanya dijual sehari sebelum tarikh yang anda inginkan.. jika tidak, anda hanya dilayan menggunakan tangan-okbai!! haha

kami berjaya memijakkan kaki ke Langkawi pada kurang lebih jam 5 petang.. ketika itu saya sangat teruja.. kerana selama hayat saya inilah kali pertama saya sampai di Permata Kedah.. kehadiran kami disambut oleh rakan saya yang sudi menyediakan penginapan kami selama 4hari 3malam.. kami dilayan begitu baik dan selesa ;)

seperti yang saya katakan tadi tujuan utama saya ialah untuk berlibur, maka kesempatan inilah saya dan rakan gunakan untuk mengikuti aktiviti seperti Island Hopping dan menaiki Kereta Kabel.. pandangan saya terpukau dek keindahan pulau2 kecil di Langkawi.. sungguhpun saya tidak tahu apa nama pulau2 tu.. saya hanya memandang tanpa berkata apa pun.. sebab setiap yang saya lihat tu seperti saya sedang merekod segalanya dalam kotak memori.. ekk?? Pengalaman pertama mencelupkan kaki ke dalam Tasik Dayang Bunting membuatkan saya berfikir bahawa ini merupakan tinggalan yang membuktikan bahawa negara kita kaya dengan sejarahnya *bangga kejap!! seterusnya aktiviti diteruskan dengan melihat burung helang makan dan berlegar2 di Pulau Beras Basah!! terlalu banyak monyet!! saya tak selesa =.='


keesokkan harinya, seawal pagi kami da beratur panjang membeli tiket kereta kabel di Gunug Mat Cincang.. perasaan sukar digambarkan sebab saya terlalu teruja.. walaupun ini merupakan cubaan kali kedua kerana pada semalamnya kami tak dapat membeli tiket kerana terlalu ramai pengunjung..  memandangkan kereta kabel ini pun seolah2 mencabar saya.. ahahhaha sangat tinggi!! namun tiada yang boleh digambarkan ketika sampai di puncak Gunung Mat Cincang.. hanya memuji kebesaran Yang Maha Kuasa.. terlalu indah.. seolah2 saya terbang di atas awan.. dari  puncak ini saya, rakan2 dan para pengunjung lain dapat melihat hampir keseluruhan bumi langkawi dan pecahan pulau2 kecilnya yang disulami oleh gumpalan awan memutih umpama gula kapas dan lautan yang membiru!! manyak cun ooo!! tapi mase turun tu memang saya diam je!! =.='



kami banyak menghabiskan masa sepanjang di Langkawi dengan berjalan2 di Pantai Cenang.. Ade jugak karaoke di Pekan Kuah, makan di Restoran Nelayan dan juga membeli belah!! saya percaya ini adalah kegemaran para suri rumah kerana hampir semua suri rumah tahu atau pernah dengar dengan Idaman Suri!! ahahahahah saya sendiri membawa senarai barang2 yang ingin dibeli.. tapi untuk orang jelar.. saya melihat rakan2 lain juga memborong sakan.. pinggan mangkuk, set minum petang, coklat, minyak wangi dan sebagainya.. boleh dikatakan juga bahawa Pulau Langkawi ini sebagai Syurga Membeli Belah!! tapi tak semua tempat la~


satu yang paling saya tak suka ketika bercuti ialah malam terakhir.. malam terakhir setiap kali sesi percutian merupakan malam yang paling down!! masing2 tak dapat terima bahawa percutian akan berakhir.. haha! tapi saya bersyukur kerana percutian kali ini sangat seronok dan saya serta rakan2 sebenarnya telah menghabiskan masa yang berkualiti untuk bersama.. saya sarankan pada anda jika hendak bercuti apa salahnya meletakkan lokasi di negara sendiri sebagai pilihan utama.. :) Malaysia ni banyak yang belum kita teroka.. ~senyum..







P/S: JAUH PERJALANAN LUAS PERMANDANGAN MAKA BANYAKLAH PENGALAMAN :)




Sekecil Hati Hamster (Ryu Hazmie)

2 comments:

AKu PLanTA daN uLAM-ULAMAN said...

berjalAN JEKKan beshnye

zack_zakaria said...

bestnye langkawi. syg xdpt ikut ari tu :'(