Siapa Saya Lagi??

bersambung kisah saya kecil2 dulu.. saya dan adik beradik sangat rapat.. itulah kawan dan itulah juga musuh semasa bermain dulu.. setiap orang mempunyai perangai yang pelbagai.. dan sebenarnya setiap dari kami berlima beradik mempunyai sifat pelik masing2 mungkin.. hahaha namum saya merasa keakraban yang ditanamkan oleh kedua ibubapa saya itulah yang membesarkan kami..

sebagai contoh semasa kecil, ketika emak saya membuat kuih pasti kami semua akan berkumpul di dapur.. hahah bayangkan dapur kami waktu itu kecil je jika nak dibandingkan dengan jiran sebelah yang punya famili besar.. dapur kami mampu memuatkan kami yang kecik2 ni.. berbalik pada cerita tadi, setiap kali emak saya memasak kami adik beradik akan berkumpul dan melihat emak saya memasak.. jika emak membuat kek sudah pasti ramai yang akan duduk keliling bekas tempat membancuh tepung tu untuk tengok.. ketika itulah kami semua akan bercerita.. dan juga bergaduh..  bertarik rambut, bercubitan dan sebagainya.. haha teruk betul kan..

sejak kecil emak sememangnya mengajar kami memasak.. abang dan kakak juga disuruh untuk kedapur termasuk ayah saya sendiri.. kami semua akan bersama menyiapkan makan tengahari.. ayah saya seperti biasa akan membeli lauk di kedai berhampiran.. kemudian emak akan mencuci manakala akan dibantu oleh kakak.. abang saya pula biasanya mengambil tugas seperti runner yang mana akan ke kedai sekiranya ada barang yang tak cukup.. hahaha sudah pastinya waktu itu emak saya sudahpun membebel.. :p

oleh sebab itulah kami adik beradik memang agak ligat sebenarnya di dapur.. saya berani cakaplah yang semua kami ni memang boleh menyajikan makanan kepada tetamu. hahaha! bangga sikit je.. so takdelah azab sangat..





P/S: SAYA SUKA MEMBELA HAIWAN DARI KECIL :)



Sekecil Hati Hamster (Ryu Hazmie)

2 comments:

i'm shin... i'm inesen said...

nak rasa la encik masak.. leh?

Akma said...

tingat plak kat umah lama masa kecik2 dulu...hahahahaha....
kenangan terindah