Siapa Saya??


Sudah lama saya tidak menaip untuk blog ni.. so biarlah malam ni saya nak menitip sesuatu yang saya rasa cuma sedikit je dari cerita tentang diri saya.. tak salah rasanya saya nak ceritakan sedikit.. siapalah sebenarnya lelaki bersayap ini.. :)

baiklah, kita bermula dari kecil dimana saya lahir dan dibesarkan penuh dengan kesederhanaan. famili saya bukanlah dari golongan kerabat mahupun bangsawan.. cumalah keluarga biasa yang cukup dengan kasih dan sayangnya.. sejak kecil saya memang merupakan anak yang paling manja.. sehingga kini saya percaya sifat saya yang manja ni masih terserlah.. haha 

ibubapa saya sangat gigih untuk membesarkan kami adik beradik.. kami lima beradik membesar dengan kegigihan mereka mencari rezeki.. tidak dinafikan, pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan kami sekeluarga.. namun atas dasar kesabaran yang tebal, kami sekeluarga melaluinya dengan redha..

sepanjang saya membesar sememangnya saya tidak pandai untuk keluar rumah.. jika ada kawan yang nak jumpa saya lebih senang hanya di rumah sahaja.. saya banyak menghabiskan masa dengan aktiviti seperti menonton tv, melukis dan mewarna.. kertas dan pensil warna sememangnya menjadi teman saya yang paling rapat sejak kecil..

sejak kecil juga sememangnya saya memang tak ramai kawan rapat.. saya ade beberapa kawan di sekolah dan jika tiada mereka saya akan menjadi seorang yang sangat pendiam.. dan itulah perangai sya dimana saya hanya mesra dengan orang yang saya kenal dan selesa manakala jika sebaliknya pula saya akan lebih selesa mendiamkan diri sepanjang waktu.. 

adalah sukar untuk saya menyesuaikan diri dengan seseorang.. sebab saya lebih suka berdiam dan tidak mahu bersosial. tetapi saya punya satu sensitiviti yang unik dimana jika saya rasa selesa dengan orang tertentu pasti merekalah yang akan menjadi kawan saya.. haha saya bukan memilih kawan tapi saya berkawan dengan orang yang saya selesa.. jika tidak saya cuma senyum je :)

dari segi persahabatan pula sememangnya saya meletakkan kepercayaan sebagai tunggak utama.. saya sangat percayakan kawan saya.. dan saya juga mengaku bahawa kawan sangat mempengaruhi saya.. oleh sebab itu saya sangat mudah terasa dan berkecil hati sekiranya ada kawan yang melukakan hati saya.. tapi saya percaya, sahabat yang baik takkan menikam sahabatnya kan?

saya lebih cenderung menjadi orang yang paling sensitif sekira saya sudah menyayangi sesorang.. hahah saya percaya ada di kalangan kita juga begitu.. tapi saya lebih banyak menafikan rasa tu.. huhu biarpun kedengaran sedikit hipokrit tapi dalam hati kita dan Allah je yang tahu kan..

sedari dulu, saya sering melihat dan menilai sesuatu dengan cara yang berbeza dari biasa.. saya suka melihat keindahan.. saya sukakan kecantikkan.. saya suka suasana yang selesa.. oleh sebab itu, saya sering berfikir akan sesuatu yang jarang difikirkan oleh orang lain.. haha ape tuh??.




P/S: SAYA INSAN BIASA YANG SUKA BERKHAYAL.. 



Sekecil Hati Hamster (Ryu Hazmie)

1 comment:

i'm shin... i'm inesen said...

org pendiam dan pemalu biasanya ligat kalo menulis.. jd macam peramah.. padahal kat luas jenis senyap jer.. mmg sesuai menulis blog