Go Northern!!


aku mulakan hari yang biasa ritmanya.. tidak ubah seperti satu koreografi yang sama dan seragam dilakukan.. hari yang tiada bezanya dari hari lain.. selesai melakukan sedikit persediaan untuk ke perlis, aku menikmati pau yang sememangnya terkenal disini.. huhu.. sengaja bercerita perkara yang lebih seronok agar tidak tertekan walaupun apa yang berlaku dan dirasai siang tadi sebenarnya begitu melodrama!


cuma tadi siang aku membuat keputusan untuk membuat pengembaraan ke utara menggunakan keretapi.. huhu bukan selalu aku berpeluang untuk menaiki jenis pengangkutan ini.. tambahan pula aku memang da lama berangan nak sangat naik keretapi.. heheh.. kalau lokomotif tuh memang nak sangat!! 

perjalanan dari pekan kecil ini akan bermula pada jam 1050pm.. dan akan berhenti di arau pada jam 0740am keesokkan harinya.. hurmm satu perasaan melonjak untuk merasai pengalaman ni.. kata orang, bosan kerana perjalanan yang jauh. mungkin itu yang dikatakan orang.. aku pasti mungkin punya jawapan yang berbeza.. tunggu jelar! 


namun.... (tukar mood, membaca dengan lebih laju) aku akan ditemani oleh seorang yang sepatutnya naik kereta.. tibe2 kena naik sekali dengan aku.. huhu an annoying person just right the corner.. duduk sebelah aku pulak tuh.. bukan tak suka, tapi aku dapat menggambarkan sikap beliau yang suka mengomel dan belagak diva GRED "B'. please dont do this to me! mungkin kerana sifatnya yang tidak sempurna itu membuatkan dia begitu.. kenapa aku kata dia tidak sempurna?? kerana dia tu cuma manusia biasa!! huhu  balik rumah terus check tekanan darah (nasib baik tak stroke)

so ape yang aku akan sediakan esok seperti biasa.. cuma beg yang berisi dengan pakaian dan barang kelengkapan lain. nak bawak kipas tangan rasenya da tak perlu.. nak bawak laptop macam beratkan beg je.. huhu aku da sediakan jaket untuk menahan sejuk tapi agak malu nak bawak sebab penuh bling2. oh god! do i really belong here?? kena sediakan barang yang lebih simple.. 

segala kelengkapan da selesai.. setelah beberapa kali saringan dilakukan.. yess!! im ready! jangan terkejut kalau aku post gambar aku dengan beg2 segala!!



P/S:  B IS FOR BERANGAN!!!.. YES, RAMAI YANG MENANGIS, TAPI AKU RASA RAMAI YANG AKAN TEPUK TANGAN.


Sekecil Hati Hamster (Ryu Hazmie)

No comments: