Cerah Panas Sejuk Hujan



indahnya mimpi sehingga kelewatan untuk ke pejabat pagi tadi.. bingkas bangun dari tempat tidur kemudian bergegas ke pejabat.. berkemeja unggu sajerr cukup ringkas gaya aku *sebelum itu sudah hubungi rakan2 setugas akan kelewatan aku.. hahaha dalam minda sudah tersedia jawapan iaitu, better late than never!!

hari yang baik untuk memulakan sesuatu yang ceria.. melihat langit biru memang cantik. tapi azab bila da masuk tengahari.. panas!! mane nak tutup muka?? keluar ke pekan kecil ini ketika panas terik memang mengundang bencana.. hati terdetik jika cahaya matahari ini tidak jemu2 menyimbah bahang ke mukaku mau je aku bertukar menjadi ostrich kejap lagi.. sorok muka dalam tanah!


tetapi cuaca mula bertukar menjadi mendung tatkala petang menjelma.. awan kelabu mula berarak dan rintik hujan halus mula menitik.. kemudian membasahi bumi.. sejuk pulak.. tapi menaip ketika hujan turun melahirkan rase sensual yang menarik.. tiber je feeling erk!!


huhu mase mendongak hari! lusa je aku akan ke perlis dan kedah.. huhu.. azablah badan.. mesti penat! ape yang boleh di shoppingkan kat sane yer!? huhu..



P/S: MAKAN AISKRIM DI MUSIM DINGIN SEBENARNYA BEST!! CUBALAH!



Sekecil Hati Hamster (Ryu Hazmie)

1 comment:

Bibah said...

yup memang sedap mkn waktu musim sejuk...waa... teringat waktu2 muda...ahaha