Gigih Dan Kegigihan!!


salam.. setelah sekian lamanya membusykan diri.. akhirnya aku berkesempatan meluangkan mase bersama my bff aruel.. huhu rindu kat dia.. minah gegiler emily juga turut terjebak dalam pertemuan kali ini.. aku menggunakan kesempatan yang ade jumpa my sayang sayang  sebab bukan senang nak jumpa mereka neh!!
bercerita tentang kegigihan yang dimaksudkan ialah kegigihan kita untuk menimba ilmu.. pertemuan aku dengan bff aku baru2 ni seolah membuka lembaran baru pada diri aku bahawa ilmu ini harus dicari tanpa henti.. ianya seumpama seluas lautan yang perlu diselam ke dasarnya mencari isi kandungan yang penuh dengan manfaat..


sesungguhnya ilmu yang dikurniakan oleh tuhan ini sangat besar dan tidak hanya tertumpu hanya pada institusi pengajian sahaja.. sebagai umat islam, sesungguhnya kitab terpuji Al - Quran adalah sumber ilmu tertinggi.. aku kira semuanya da sedia maklum ayat dibawah..

اُطْلُبُوْا العِلْمَ وَلَوْ في الصِّينِ
“Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China.”

sesungguhnya ilmu itu perlu diterokai sebanyak mungkin.. berbalik kepada cerita kawan2 aku ni tadi.. aku kagum melihat kesungguhan mereka untuk mencari ilmu.. walaupun mungkin sekelumit cuma, ilmu itu adalah kurniaan.. dan alangkah baiknya jika ilmu itu dapat diajar kepada orang lain dan diwarisi.. alangkah baiknya jika begitu.. huhu amin..
bila borak2 dengan kawan2 lain.. rase jeles menguasai diri.. tibe2 terfikir banyak jugak menda yang aku kena belajar.. ade kawan yang da fasih berbahasa mandarin.. ade kawan da pandai muzik.. dan ade yang pandai menyanyi.. tapi yang aku kagum adalah melihat kesungguhan mereka. sanggup meluangkan masa dalam kesibukkan tuntutan harian untuk belajar..
semua tuh antara kelebihan yang diperolehi jika kita sering berusaha mencari ilmu.. orang yang berilmu tuh bukan hanya orang yang mempunyai segulung penganugerahan yang diterima semata.. tapi sebenarnya ialah bagaimana kita menggunakan anugerah ini sebagai umat manusia dengan sempurna..
perlu diingat mencari ilmu bukan untuk mengejar kekayaan seperti nak dapatkan kerja yang bagus dan bergaji besar.. bukan untuk menunjuk2 dan berbangga diri.. juga bukan untuk mencari pengaruh.. 


P/S : YAYASAN SENI ARTISAN CENTRE & GALLERY SANGAT BEST. AKU DA JATUH HATI!!




Sekecil Hati Hamster (Ryu Hazmie)

No comments: