Kegilaan Bersama 3 Sahabat

kisah kegilaan ini merujuk kepada tiga orang sahabat saya sepanjang sy berada di UPSI beberapa tahun ini, atau lebih tepat sepanjang mereka belajar di UPSI sebenarnya.. kerana sepanjang empat tahun ini mereka sentiasa bersama saya.. bersama tak kira waktu.. tak kisah dimana, dikedai makan, di dalam studio, di rumah orang, di kaki lima, di dalam bus, dalam tren dalam toilet pun kami bersama!!

sahabat itu seperti tomato.. ianya tiada bau tapi rasanya  mungkin masam, mungkin manis kerana warna pada luaran tomato tidak mencerminkan rasa didalamnya! memandai je aku kan!?

walaupun ini adalah teman wanita aku sejujurnya aku mengaku mereka adalah soulmate aku jugak mungkin! sebab apa yang kami rasekan itu sama!! tapi kitaorang takdelah pulak jadi skandal ke hape.. walaupun kami ni suka jika digossipkan bersama! hahahah.. jadi lebih seronok jika perasaan itu dikongsi bersama!! hahaha.. memang giler argh kalau kami bertiga ni bersatu.. mau tak bising! dengan masing2 punya kegilaan tersendiri.. bayangkan kalau kegilaan ini bergabung!?




namun setiap yang indah tuh takkan bertambah indah jika tidak dihiasi warna2 kelam.. begitu jugak hubungan kami yang ade pasang surutnya..wahh da macam puitis plak aku! yelar, sedangkan lidah lagikan tergigit.. apentah lagi hubungan kitaorang neh! bukan bergaduh cuma sentap.. alah pendek kata, merajuk..!! tapi kitaorang ni memang suka merajuk2 ni.. merajuk adik beradik! kejap je pastuh kawan balik! hahahaha.. sengal tol kalau diingatkan!

kami punya hobi yang sama iaitu karoks!!! walaupun suara kami lagi best dari siti nurhaliza, tapi kami mampu juga untuk menyanyi lebih buruk dari siti nuhaliza!! sebab kami percaya siti takkan mampu nak nyanyi mcm kitoang nyanyi!! mampu??? hahahaha.. hobi kami yang sama lagi ialah makan!! ape je yang kitaorang tak makan?? cakap?? batu dan kayu pun kalau boleh kitaorang makan!!  tapi hobi tido tuh dikongsi oleh dua beradik kurus kering iaitu lyn dan shima.. manakala aku suka melukis.. dan didi pulak suka on9 dan makan!!





aku nak cakap jugak sebenarnya kami ni ade RAHSIA BESAR ok!! hahahha kisah tin biskut!!! so, biarlah menjadi rahsia sampai bila2.. andai kata mereka ni terbaca entri aku ni, apa kata uols ingat balik kisah tin biskut! hahahahahah..


nantikan kisah sahabat gile2 lain pula selepas ini...>>>

p/s : sori uols.. jom g pecah kelapa buang dosa okeyh!! selamat hari thaipusam!!

Sekecil Hati Hamster (Ryu Hazmie)

3 comments:

Hizami Li said...

ewah...
domp!!!
XP

ryuhazmie said...

ewah ewah pulak!! domp jugak :p

LuMos mAXimA said...

gila seh! pix i time tdo 2 ley blah..hahaha~
bila nk karok lg ni?hihihi...
mkn2~

kisah tin?ekekeke...ingt smpi mati!