Daki Berdaki Di Broga


Perghhh!! macam tak caya aku berjaya menawan bukit broga.. aku berjaya melepak di sana.. aku berjaya melihat keindahan di sana. sempat jugak aku melepaskan angin di sana!! dan ternyata impian aku nak tgk matahari terbit tanggal 1 januari 2011 termakbul juga!! aku mengaku sangat teruja kerana aku telah berjaya memanjat dua bukit dalam masa 12 jam!! hahahahah..


tanggal jam 12 malam aku dan rakan2 telah memanjat bukit cinta.. hahah?? bukit cinta?? aku dengar pun pelik nama bukit tuh.. tapi siriyess tempat tuh vouge!! sesuailah untuk pasangan bercinta pergi kesana.. seluruh kl boleh nampak.. aku dan rakan cuma menikmati keindahan bunga api pada detik 12 tgh malam.. takdelah pulak ktorg bercinta pun..



abes cerita di bukit cinta, kami teruskan ekspedisi ke semenyih kota keriangan.. broga menanti untuk ditawan!! kitorang sgt gigih yer mendaki bukit broga tuh.. dan aku mengaku yang aku juga berdaki utk sampai ke puncak bukit broga!! hahahahaha!! kereta terus lancar menuju ke semenyih . memang respek kat aruel kerana berjaya bertahan!! anugerah miss stereng diberikan kepada beliau. ternyata tak sia-sia berkat eye shadow yang dipakai beliau selama hampir 24 jam melekat di mata!! 


berbekalkan air tin nescafe dan coklat, aku dan rakan2 memulakan pendakian seawal jam 5.00am.. orang lain syok tido kami pula berkobar2 meneruskan niat.. sempat juga Jay beli lampu suluh kat nyonya dikaki bukit tuh.. dan kerana lampu itulah dia berjaya menyuluh jalan dan manusia elok disekeliling kami!! hahahahah!!


akhirnya setelah rehat beberapa kali ktorg pun sampailah di puncak broga!! tak tau nak cakap ape.. korang tgk jelar sendiri gambar2 yang ader nih.. walaupun cuma kamera henpon je.. aku tak lepaskan peluang bergambar sebanyak mungkin kerana bateri henpon pun da nak abes pada mase tuh!






aku bertuah kerana berjaya menikmati keindahan alam citaan Tuhan.. terutama melihat terbitnya mentari pagi pada 1 januari 2011.. syahdu beb!! nanges kalau duduk sorang2. nasib baik geng2 aku tuh happening klu tak mau aku meleleh kat atas puncak tuh!



inilah wajah2 pendaki tegar pada 1 januari 2011.. mereka sangat tabah!! hahahah.. lain kali korang kene bersiap sedia dengan kelengkapan ye kalau nak naik bukit neh.. lihatlah baju dorang.. tak menggambarkan lansung yang mereka adalah pendaki!! ahaiii.. mimi tetap vouge!! 





cerita nih tak berakhir disini.. kerana kami meneruskan perjalanan gigih ke lain destinasi.. tunggu entri seterusnya.. daaa~

1 comment:

Call me @faridyetnaza said...

syok habis!!!