Geng Gigih Beraksi

haha.. ini adalah sambungan cerita pasal aku dan rakan2 yang sangat gigih menyambut tahun baru.. setelah bukit cinta dan bukit broga berjaya ditawan maka kami berempat meneruskan pengembaraan ke sungai tekala.. juga terletak di negeri selangor.. iaitu di semenyih kota keriangan!!


oleh kerana tiada kamera dan henpon pun da mampus.. maka tiada lah gambar2 menarik untuk tatapan korang semua! hahahah untung jugak sebab aku half naked je mandi kat situh! kalau tak, tak pasal2 hot page ni kan!! hahahahaha! so ini adalah gambar2 yang aku amek kat ternet! kalau nak bergambar kenelah pergi lagi ni.. *alasan yang bagus kan?


tanpa membuang masa aku, mimi dan aruel telah terjun dan berenang2 di sungai itu. manakala jay agak takut kerana dia mungkin akan bertukar menjadi duyung jika terkena air. bahaya tuh! dan aku terfikir.. eye shadow aruel tuh tetap bertahan yer!! hahahah! air sungai tekala memang sejuk.. tapi berjaya gak aku suamkan sedikit kerana aku telah membuang air kedalam sungai ituh.. wakawaka.. apalah nasib orang yang  mandi dibawah sana!!



setelah hampir sejam lebih ktorg bersungai dan bertekala.. kami yang kekejungan dan kesejukkan pun pulang.. maka berakhirlah kisah pengembaraan gigih kami! menyambut tahun baru dengan alam sekeliling yang indah! hurm.. :) jay dan mimi tido sepanjang perjalanan. tinggal aku dan aruel yang gigih sehingga ke rumah!



huhuhu.. aku rasakan inilah sambutan tahun baru yang seronok setelah berhempas pulas sepanjang 2010 yang penuh cabaran.. diharapkan 2011 menjadi satu tahun yang mudah untuk aku dan rakan2 tempuhi.. jom kita renungkan!! gud luck!!

No comments: