Besday Boy Hilang??

Alkisahnya bermula bila tibe kitorang reramai nak sambut besday boy sorang mamat neh! da tuo tapi tak ngaku tuo.. badan da bosar.. sekali nengok mak aiiihh da macam kobau.. hahahaha.. betul ke ape yang aku cakap neh!?? sebenarnya arituh aku dan rakan2 nak wat suprise la kat sorang member ni.. (ulang balik ayat diatas tadi) so, tanpa membuang mase kami pun menyediakan paperwork.. pelbagai idea telah dicurah.. bergaduh.. berbalah.. berdebat.. semata2 ingin menegakkan idea bernas masing2.. sampaikan belon2 pelbagai warna dan bentuk pun kitorg beli.. hahaha..


boss aku sediakan bajet.. seperti biasa kami menilai apakah menu yang sesuai majlis tuh nanti.. akhirnya kami sepakat membawa berkat iaitu kuew tiow goreng!! ini kerana setelah menimbang berat badan si empunya besday boy tuh da macam naik je!! hahahah caruuuttt!!! 

manakala kak kay aka kay azrin musa (boleh cek kat fb ye pada siapa yang tak kenal) telah menyediakan semua  menu termasuk dadih buatan sendiri.. tapi guna susu cairlah.. bukan susu badan yer!!! hahahahaha.. tapi siriyesss memang syokk dadih dia.. kalau makcik kantin makan mesti makan hati makcik kantin tuh.. terus sentap tutup kedai makan tak bukak2 dah!! kredit to puan kay azrin musa (sila tempah dadih dengan beliau jika berminat)


berbalik pada cerita sambutan tuh tadi.. kitorang sangat yakin yang majlis tuh akan berjaya. so segala kelengkapan telah pun tersedia.. maklumlah nak suprise kan orang ni bukan senang.. pagi2 tu para jemputan pun da datang ke opis.. agak meriah pagi tuh.. dengan wangian makanan.. da macam ari raye pulak!

sedang je kitorang ready tibe2 je empunya badan yang nak dirai telah menghilangkan diri.. puas kami mencari beliau.. kol tak angkat... kol lagi terus off henpon.. adakah telah dilarikan pihak musuh?? adakah alien menculik beliau untuk dijadikan bahan eksperimen?? atau adakah beliau telah diculik walaupun muka beliau tak hot pun!! hahaahhaii.. setelah banyak persoalan dibuat.. jawapan masih belum ditemui.. walaupun ejen penyiasat telah dilantik.. namun pihak penganjur terpaksa meneruskan acara.. lantas dijadikan acara menyambut besday setiap insan yang hadir.. nyanyi lagu besday untuk diri sendiri.. sentap!!

erk! jangan la korang pikirkan sangat pasal gambar neh!

akhirnya empunya badan sehingga kini masih belum tampil membuat kenyataan atas kehilangan beliau.. tapi takpelah kita ni sapelah kan.. orang biase2 je. tapi difahamkan beliau mempunyai masalah dan terpaksa segera pulang ke kampung halaman.. sms telah diterima dari empunya diri. maaf juga telah diberi dan aku mendoakan agar dia sihat walafiat dan berbahagia yer.. cuma next time jangan lah buat mcm neh!! (next time tuh bila erk??) next time kenalah bagitau kalau tetibe nak balik kampung ke ade masalah ke.. kitaorang sebagai penganjur agak sentap sikit dengan perkara ituh!!

maaflah ye pada mereka yang tiada dalam gambar neh!! cumi cumi pun takde.. haha!!

jadi majlis sambutan besday ituh tetap meriah dengan pelbagai acara.. so tak tau nak cakap ape.. selamat ari lahir untuk diri sendiri lah.. hahahaha! :)


 =.= happy besday kepada shumi, kay, bebear, en fariz, abg mail dan lain2 yang telah menyambut besday sendiri aritu =.=



Sekecil Hati Hamster (Ryu Hazmie)

5 comments:

Hizami Li said...

erk.
tak faham.
besday siapa ni?
abg suiz ke?

ryuhazmie said...

aah.. besday suiz.. sy pun tak faham..

LuMos mAXimA said...

lormmm~sambut besday semua org la yew..huhuhu..

Call me @faridyetnaza said...

sy dh tau cte ni.. hahahha

Anonymous said...

sentap gmbr i xde tme belon2 2....huhuu