C: Untuk Carut!! C: Untuk Ciplak!!

Ahaks! harini kita belajar tentang ABC. tapi aku taknak cerita tentang A mahupun B. aku nak cerita tentang C. andvance kan!? hahahaha.. tapi taklah sehebat seseorang neh! aku bukan nak carutkan dia tapi aku cuma nak berkongsi atau memberi komen kot.. alah pendek kata frankly speaknya ialah apa yang aku rasa lah!!

kisah bermula bila aku mendapat mesej dari sorang teman rapat.. dalam mesej tersebut beliau mengarahkan aku membuka muka buku (facebook) dengan segera jika bangun dari tido esok pagi.. aku terfikir apasal dia tak suruh malam ni je aku on9 kan?? huhu abaikan.. esoknya setelah bangun dari tido aku pun mengigihkan diri membuka muka buku.. waahhh!!! terkejut babun aku melihat apa yang korang tak lihat!!!

aku tak tau nak klasifikasikan kes ini sebagai kes meniru.. atau menciplak.. menjenama semula.. mengikut rupa bentuk.. atau apa ye!!??

jom bukak kamus : Menurut Kamus Dewanciplak atau plagiarisme bermaksud "perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri".

Dalam dunia akademik, penciplakan oleh pelajar merupakan kesalahan berat yang boleh dikenakan hukuman seperti diberikan gred gagal pada kerja kursus yang dilakukan (di peringkat sekolah) ataupun bagi subjek yang diambil (bagi peringkat universiti). Bagi kes penciplakan berulang (seperti menghantar hasil kerja orang lain yang ditiru dan dijadikan hasil kerja sendiri), pelajar tersebut boleh digantung atau dibuang universiti. 

Manakala dalam bidang kewartawanan pula, memerlukan kepercayaan orang ramai, kegagalan wartawan untuk menyatakan sumber-sumber mereka akan menjejaskan integriti dan kredibiliti bagi sesebuah akhbar dan rancangan televisyen. Wartawan yang dituduh menciplak seringkali digantung daripada tugas kewartawanan. Teks elektronik yang mudah dihasilkan semula daripada sumber-sumber dalam talian seringkali memerangkap sebilangan wartawan untuk melakukan penciplakan: Terdapat wartawan yang ditangkap kerana menghasilkan rencana "salin dan tampal" daripada beberapa laman web.


Berbalik kepada apa yang aku nak ceritakan tadi.. aku telah melihat poster yang dikatakan adalah hasil karya seseorang ni.. padahal dari rupa bentuknya adalah sama atau hampir sama (jika sekali pandang) dengan design yang dicipta oleh kawan baik aku neh tadi!! adakah ini dinamakan ciplak??

hah.. untuk makluman korang poster yang dibuat tuh pasal bengkel asas tarian 2011.. yang menjadi model dalam gambar tuh ialah member aku sendiri.. nama dia thye.. gambar yang mungkin diambil dari internet nih adalah ketika festival tari kebangsaan 2007. pada masa tuh member aku neh wakil wilayah persekutuan. mungkin sebab dia kerjasama dengan wilayah persekutuan, so dorang gunalah model sendiri kot! walaupun member aku tuh da keje kat tempat lain. hah!! yang lucunya, aku pun ade ditempat kejadian ya!! nasib baiklah muka aku takde.. kalau tak mau aku pergi saman sape yang buat poster muka aku tanpa kebenaran aku!! (ade ke orang nak buat poster muka aku??)

silalah tengok >>>


hebatkan?.. siap ade nama lagi designer tuh! hah yang penting kawan aku tak tau pun dia da jadik model untuk poster neh!! kalau tak, riban2 lah masyuk!! hahahaha..

puas aku memikirkan.. konsep apa yang sebenarnya mereka neh!! so korang boleh fikirkan sendiri la ye!! manakala poster yang dihasilkan oleh member aku neh pulak memang menggunakan gambar budak tarian aku sendiri!! kitaorang ade model sendiri okeyh!! siap buat sendiri kerawang2 tuh!! bukan pakai amek kat internet jer~ yang penting empunya badan tau yang aku gunakan gambar diorang untuk poster tuh!! nama model ialah ema dan punit!! walaupun tak bayar tapi diorang seronok sebab dapat meraih populariti.. hahahaah!!


ini poster kitaorang >>>


so malas nak kate apelah.. mungkin kebetulan je kot.. atau mungkin poster yang member aku buat nih cun sangat sampai dijadikan sumber rujukan mereka!! hahahahaii.. apepun selamat bekerjaya!! sebelum buat sesuatu fikir2kan dahulu.. renung2kan.. senyum!!



Sekecil Hati Hamster (Ryu Hazmie)

3 comments:

SHiMa CHomEyL said...

perasan jgak smlm. tp mls nk ckp. huh... senyum! :)

LuMos mAXimA said...

pe kes ciplak? xde idea ka? lormmm....

Ryu Hazmie said...

lyn.. bekas kolej awak lah!!