Bergendang Sampai Lebam


Tong tong cang!! Tong tong cang!! hahahah.. kali neh nak cerita sikit pasal sambutan tahun baru cina. hah, untuk makluman korang, rumah yang aku duduk sekarang neh memang la kawasan cina. so sekarang neh memang lah mereka yang menyambut tahun baru  sedang hangat dalam persiapan masing2. boleh dikatakan setiap kali aku lepak petang2 kat umah mesti terdengar lagu2 perayaan mereka! hah aku pon da hafal lagu tuh! dan yang pasti aku da mula dapat buah limau.. bukan sebijik tapi sebakul!!

hah amek sebakul!! makan lah sampai kembung!
buah limau ni memang wajib kalau setiap kali tahun baru cina.. korang nak tau kenapa?? carilah info sendiri.. tak kuasa aku nak cerita panjang lebar! yang aku tau bila tiba tahun baru nanti mereka juga akan bermaafan, sembahyang, ziarah menziarahi dan macam2 lagi seperti mana2 perayaan orang lain jugak! hah, untungkan duduk kat Malaysia neh! tak perlu ke beijing nak merasai kemeriahan tahun baru cina.

ini bukan kuih bakul ya! ini tausa!! sedap!!

soal makanan pulak, memang wajib la ade kuih muih tradisi.. contohnya seperti kuih bakul.. aku memang suka kuih2 cina neh! sebab memang dari kecil aku da makan kuih2 macam tuh! sedap!! tapi bagi yang beragama islam anda haruslah pandai mencari kuih yang halal ya. ketika tahun baru cina menjelma, kuih2 tradisi ini akan dihidangkan pada tetamu.. tapi sekarang da banyak makanan ringan seperti kekacang, cookies dan kek sebagai penganti.. apapun nilai menghormati tetamu itu tetap diteruskan.. 

Orang sibuk nak sembahyang, aku sibuk pose!! tetap!!

apa lagi yang tak boleh ditinggalkan ketika tahun baru cina menjelma?? da tentulah bunga api dan mercun!! pom.. pom..pomm!! meletop okeyh!! mase kecik2 dulu pun aku suka betul main bunga api dengan mercun.. tapi mercun tuh aku takut sikit! bunga api jelar yang aku main.. kalau tak silap aku bunga api yang paling best namanya thundercat!! best ooo~
jadi sebagai anak Malaysia harus berbanggalah kita!! yeahhhh ~jangan main mercun.

p/s : jom lepak batu caves mase thaipusam nanti :)


Sekecil Hati Hamster (Ryu Hazmie)

2 comments:

yetNaza said...

nk ikut p smbut thaipusam nanty!!!

Haziq Yaacob said...

wah..selalu teringin nak makan kuih2 cina..tp mcm takut je..hehehe :D

best ouh ko :D