Aku Sentap Bila Sendiri


*bukan niat aku nak mengada2 tadi.. bukan aku jenis yang gedik pun. cuma aku menjadi terlalu sensitif.. huhu. aku pun tak faham dengan diri aku sebentar tadi.. kenapa aku jadi macam ni.. mudahnya airmata aku menitis depan kawan2 aku.. tapi aku cuma jujur.. aku tak tipu apa yang hati aku rasa.. aku tersedar yang aku kini sendiri.. aku terasa.. sendiri.. maafkan lah aku tadi kawan.. 

>>> biasanya kalau aku tersalah makan mesti dia akan bising kat aku.. dia faham keadaan aku yang sangat sensitif dengan makanan.. dia tau aku tak boleh makan pedas.. aku tak makan pelik2.. dia tau semua.. dia dapat rase kalau aku ada masalah.. dia dapat tau kalau aku rindu dia.. sedangkan aku tak pernah bagitau yang aku ada masalah atau pun aku rindukan dia.. sekarang??

dari kecil aku memang punya kelemahan iaitu sensitif dengan makanan.. dia sangat tahu ape yang terbaik untuk aku.. dan aku membesar sekarang pun dengan segala keprihatinan dia.. setiap kali akau makan, aku akan ingat dia.. aku ingat setiap pesanan dia.. kalau dulu setiap kali nak gerak pergi mane2 yang mengambil masa yang lama dia akan cakap" arini mak tak masak pedas2, esok awak nak balik nanti sakit perut".......



selalu dia bising kat aku... "awak da tau perut awak tak tahan makan pedas tuh jangan ambil jugak.. suruh abah beli ubat.. ".......



setiap yang dia cakap... sumpah sampai sekarang aku ingat.. setiap nafas dia seolah2 terasa di telinga aku.. dan aku masih terdengar suara dia...



aku mengaku yang aku menitip kekunci ini  dengan iringan airmata.. yang jarang sekali untuk tumpah.. tapi aku relakan.. kenangan tu tak mungkin berganti dengan segunung emas.. malah selautan berlian..



bukan senang nak melepaskan dia pergi... masih ingat bila tiba besday dia.... bila tiba besday aku.... bila tiba hari ibu.... bila tiba hari raya?? siapa yang paling sibuk dan bising?? siapa yang akan menyuruh aku memikirkan konsep warna dan tema hari raya. bila hari pertama masuk sekolah.. hari pertama belajar naik basikal.. dan banyak lagi.. sape masakan yang paling sedap pernah aku makan??? selalunya aku bangga dengan masakan dia berbanding dengan orang lain.. siapa yang paling mempengaruhi aku dalam hidup ni??? siapa yang selalu aku akan ceritakan pada kawan2?? siapa contoh terbaik dalam hidup aku?? seperti siapa wanita yang paling aku kagumi??


bila tiba hari yang memisahkan kami untuk selamanya.. aku hilang.. aku tiada di sini.. jiwa.... kosong. sehingga kini. sehingga kini..

................ sakit sepi ini .................




>>> sampai di rumah tepat jam 1.30 pagi.. aku memberi salam, disambut oleh ayah.. setelah bersalaman aku lihat kakak ada di ruang tamu.. beralih mata melihat sekujur tubuh yang aku sangat kenal terbujur kaku di pembaringan.. kakak memeluk aku.. seolah memberikan sedikit kekuatan yang sememangnya aku perlukan tika itu.. abang merangkul.. aku sempat berbisik " kita ok, cuma kita terkejut..." ada titis airmata membasahi bahu aku... abang membisikkan sesuatu.. ".....mak da takde....."

...tubuhnya yang dingin kaku itu aku peluk sepanjang malam.. tiada lagi suara lunak yang aku dengar.. tiada jugak ketawa, bebelan dan gurauan dia..  kaku.. dingin.. sepi.. aku cium wajahnya.. seolah terbit sinar diwajahnya.. aku senyum.. tenang.. "kita balik mak, kita rindu kat mak" aku genggam tangannya erat.. setiap jari jemarinya aku lihat.. inilah jari yang memerah tenaga untuk membesarkan aku.. inilah jari yang menyuapkan aku rezeki.. dan mencubit aku agar tidak membuat perkara jahat..

wajahnya aku tatap.. aku sentuh setiap ruang mata.. keningnya.. bibir itu kaku.. pipinya dingin, terdapat garis senyum di pipinya.. penat kerana selalu membuatkan aku gembira selama ini.. "mak rehatlah, kita akan jaga diri.. mak, kita da besar.. mak jangan risau lagi.. pesan mak kita ingat.. kita akan rindu mak..." aku cium tangannya.. aku cium seluruh ruang wajahnya yang bersih itu.. ~senyum

aku peluk tubuhnya sehingga subuh.. baring dibahunya.. titis airmata berlinangan tanpa henti.. seolah berdialog antara dua jiwa yang telah terpisah.. namun aku sedar yang tinggal cuma jasadnya.. namun, sinar di wajah dia tak pernah luput.. senyuman yang terukir diwajahnya kekal megiringi pemergian.. aku tenang.. melihat dia pergi dengan tenang.. biarkan memori indah subur sepanjang hidup aku~




semangat akan terus berbekal sehingga akhir nanti.. berkat segalanya.. aku akan teruskan.. akan aku gagahkan jugak diri ni menempuh liku2 hidup yang sememangnya menjanjikan seribu kepahitan dan kemanisan..

sekarang aku kena kuat.. seperti biasa.. senyum.. seperti yang selalu terukir di wajah ibu kesayanganku..



AL- FATIHAH BUAT IBU SAYA.. SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT.. AMIN




Sekecil Hati Hamster (Ryu Hazmie)

7 comments:

Anonymous said...

tabah en zul.... =(

LuMos mAXimA said...

setabah2 manusia..linangan air mata ni jatuh jua~
terasa mcm sy berada distu~
hanya doa yg mampu u kirimkn~doa anak soleh...

Anonymous said...

tuhan lebih syg kan dia..

Call me @faridyetnaza said...

u make me cry.... sy sgt2 measai ape y incik rse... al-fatihah wat arwah.. amin~~~

Hizami Li said...

hurm.
T.T
dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

someone said...

al-fatihah.. :)

:N:A:Z:R:U:L:aziz: said...

AL-FATIHAH