Jom Diet Berdarah!!



Wokeyhhh arini nak kongsi info tentang diet mengikut jenis darah.. dan untuk makluman korang, aku berdarah jenis AB+. so ini lah maklumatnya.. jom bace.. yang bukan jenis darah ni, sila cari maklumat sendiri. larikkkk!!!



Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.



Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.

Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif

• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap

• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan


Menu diet yang dianjurkan:


Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju

Snek : Yogurt

Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba

Snek: Kek keju dan teh herba

Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi





Hah itulah serba sedikit info tentang diet jenis darah aku neh!! sape2 yang berdarah AB?? kita sama yer.. bukan golongan berdarah sejuk ok! hahahahah..



So apepun tentang diri kita.. haruslah kita menjaganya dengan baik.. kesihatan yang diberi haruslah kita nikmati dan menjaganya.. ayuh!! semangat..!! jom bersenam!! :)



hehehehehe.. angkat berat untuk memantapkan badan!! selamat mencuba!!


2 comments:

SHiMa CHomEyL said...

yunk...i br baca psl diet ikut drh ni mlm td. sblm tdo smlm...i baca kt mjlh dara. :) minyak zaitun tu mmg baek utk semua jenis drh.

ryuhazmie said...

Haaa.. memang betul pown!