Kenang2 Bulan Ramadhan!



Alhamdulillah! Genap hari ke empat umat Islam berpuasa.. saya sekali lagi ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam.. sama2 kita jalani bulan mulia ini dengan ketenangan.. :)

bercerita tentang kenang2 bulan ramadhan ni sekali lagi membawa saya melangkau ke zaman kanak2.. mengapa zaman kanak2 yang sering kita ingati?? itu saya tak pasti namun saya rasa kita semua melalui zaman itu dan kita masih ingat sampai sekarang kan?? kerana zaman itulah kita baru belajar nak berpuasa dan berlumba2 untuk menyambut ketibaan bulan syawal..


bermula dengan ragam bangun sahur.. kemudian ragam sepanjang hari berpuasa dari pagi sehingga azan zohor, kemudian azan asar sehinggalah tibanya waktu berbuka.. kemudian bersambung pula ke waktu terawikh.. setiap waktu itu membawa cerita tersendiri.. *bahkan gaya atau jenis permainan kanak2 diwaktu petang2 juga berubah.. saya memilih untuk bermain indoor game je.. sebab rumah saya ada congkak! 

bahkan bagi yang berkesempatan bersekolah asrama penuh seperti saya, sesungguhnya bulan ramadhan membawa sejuta memori yang tak mungkin dilupakan begitu sahaja.. kenakalan zaman remaja memang tidak dapat dinafikan.. pengalaman berjalan ramai2 di bazaar ramadhan, berbaris dan makan di dewan makan dan juga di bilik (lebih spesifik: tepi katil) beramai2 memang tetap segar diingatan..

hurmmm.. itulah yang dikatakan kenang2 ramadhan.. setiap orang punya cerita sendiri.. indah bukan.. walau mungkin ada yang tidak berapa enak untuk dikenang.. tetapi sedarilah bahawa itu memberi sejuta hikmah buat kita.. namun bulan ramadhan sememangnya bulan penuh keberkatan yang mana mampu membawa kegembiraan dan keindahan yang tak mampu diungkap dalam hidup kita sebagai umat manusia..


P/S: BULAN RAMADHAN ADA AURA YANG BERBEZA DARI BULAN2 LAIN.. :P


Yes!! We Can Grow Up Together!!

No comments: