AWAS!! Jika Melompat Akan Ditikam!


Haahahha.. bahaya tak jika melompat akan ditikam?? tu bukan satu unsur jenayah ya.. saya cuma nak cerita mengenai menu berbuka saya semalam.. bertuah badan bila apa yang saya idamkan terus dapat di depan mata.. syukur.. gambar dibawah ni saya cari kat google.. sebab semalam tak sempat nak ambil gambar da habis!!


entah macamana dari tengahari saya asyik terfikir2 akan kuih tradisional orang pantai timur iaitu lompat tikam. sejak kecil itulah manisan kegemaran saya tatkala ramadhan.. bagai dimakbulkan doa saya, tiba2 ada seorang rakan mengajak saya pergi ke bazaar yang terletak di kuala kubu baru.. 

bazaar tu memang terkenal dengan makanan tradisional yang enak.. tidak seperti kebanyakkan tempat yang mana menunya tu seperti tiruan je.. atau lebih tepat rupa je cantik rasa macam apa je..

selangkah saya masuk ke bazaar terus mata terpandang lompat tikam.. rasa seperti nak melompat masa tu jugak.. hahahah tapi nanti takut kena tikam.. eh! namun saya masih boleh bertenang.. buat satu pusingan dahulu kemudian terus lompat tikam menjadi sasaran saya! *walaupun ada beberapa bungkusan lain jugak.. weekk :p

syukur kerana dapat menikmati rasa makanan yang masih mengekalkan rasa aslinya.. bukan mudah nak jumpa kuih2 lama yang masih berasa original.. :) ditambah pula dengan harga yang berpatutan! memang doa berkat untuk penjual.. 



P/S: BULAN PUASA BUKAN SETAKAT MENAHAN LAPAR DAN DAHAGA.. :p


Yes!! We Can Grow Up Together!!

No comments: