Tolong Juga Mereka..

Assalamualaikum.. Sedar atau tidak sekejap je da hari jumaat.. dan semasa entri ini ditulis jumaat sudahpun hampir melabuhkan tirainya.. dan tanpa disedari lagi nanti bertemu kembali jumaat depan.. itupun jika diberi kesempatan.. sama2 kita berdoa semoga diberi kesempatan lagi olehNya.. Amin.. 

kali ni saya nak berkongsi satu perkara bagi pengetahuan anda yang mungkin belum tahu, kabur2, atau mungkin ada yang memang pernah dengar tentang kebajikan haiwan.. mungkin ada yang di luar sana yang nak membantu tetapi tidak tahu nak ikut saluran mana kan.. ada juga yang selama ini berteka-teki adakah yayasan sebegini wujud.. ya, sebenarnya memang ada Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia.. 

untuk pengetahuan kalian Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan pada bulan April 1998 untuk menggalakkan dan mewujudkan masyarakat Malaysia yang penyayang melalui program2 kesedaran dan pendekatan yang seimbang untuk kebajikan haiwan. pelbagai program telah dijalankan oleh yayasan ini.. bagi saya ia merupakan satu usaha murni bagi membantu haiwan2 dari dijadikan mangsa penganiayaan disamping mewujudkan satu generasi yang lebih penyanyang.. sedarilah bahawa kita hidup di dunia ini bersama makhluk ciptaan Allah yang lain.. sama2 kita menjaga ya.. :)


sebenarnya selain yayasan ini, pelbagai usaha telah dijadikan ikutan bagi pusat2 jagaan haiwan terbiar seluruh negara. antaranya seperti program mencari keluarga angkat.. program mencari keluarga angkat sering dilakukan oleh pusat jagaan haiwan terbiar dimana ketika ini kucing2 yang di bawah kelolaan pusat jagaan haiwan akan diperkenalkan untuk dijadikan anak angkat kepada sesiapa yang berminat.. ada kucing yang masih kecil tetapi tidak mempunyai ibu.. ada yang cacat.. atau mungkin ada yang memerlukan tuan.. kerana ini adalah salah satu usaha terakhir sebelum kucing2 comel ini diletakkan didalam mood "tidur".. :( proses ini merupakan prosedur terakhir yang perlu diterima oleh kita dan terpaksa dilakukan untuk mengelakkan kucing2 dari terus terseksa. sedangkan pusat jagaan biasanya tidak menjana sebarang pendapatan untuk menampung segala kos penjagaan, makanan, dan rawatan bagi kucing2 ini.. memang sukar untuk terima hakikat ini..


hmmmmm.. berbalik kepada Yayasan Kebajikan Haiwan kebangsaan ini tadi, sekiranya anda ingin membantu silalah lawati laman ini untuk keterangan lanjut: MNAWF anda boleh memilih untuk mendaftar sebagai sukarelawan atau mungkin mahu menderma.. segala kebaikkan anda tidak mampu dibalas oleh kita sebagai manusia.. hanya yang Berkuasa mampu membalas jasa kalian.. :) 

cuma satu yang sering saya fikirkan.. ini satu luahan lah saya kira.. walaupun kita tidak boleh pegang anjing.. janganlah pula kita kejar, baling atau sakiti anjing tu.. perlakukanlah dengan cara yang lebih baik. sama2 fikirkan.. :)



KUCING MERUPAKAN HAIWAN KESAYANGAN RASULULLAH :)


Sekecil Hati Hamster (Ryu Hazmie)

1 comment:

MUSTIKA MISRAN said...

betul tu..saya setuju.. & satu lagi yayasan yang serupa ini ialah KTAJ atau yg kini dikenali sbg SCRATCH.SCRATCH ni pon kelab yg membela nasib haiwan2 seperti anjing & kucing juga. TAPI mereka tak membunuh kucing/anjing yg tidak dapat di"adopt"kan.
Keterangan lanjut boleh hubungi:
SCRATCH (fka KTAJ)
FB: http://www.facebook.com/ktaj0311
Blog: http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/
Twitter: www.twitter.com/ktaj0311
Official email: ktaj0311@gmail.com

*pembela nasib haiwan :D