Cerita Seorang Sahabat!

Secara tidak sengaja saya telah melawat laman Facebook seorang rakan yang jauh.. nampaknya laman itu sudah lama tidak diupdate sebarang status.. senyap sejak pemergiannya beberapa bulan lalu. dia telah kembali ke negara asalnya.. semasa dia ada di sini, dia sempat bercerita bahawa di negaranya terutama di kampungnya memang tiada Facebook.. dan itu membuatkan saya terkejut!! 

saya tiba2 rasa nak berkongsi sedikit bagaimana kami boleh berkenalan.. beberapa tahun yang lepas saya berkenalan dengan seseorang dari China.. kami bertemu dalam satu program sukarelawan. setiap tahun memang pasti saya akan turun menjadi sukarelawan bagi acara2 kemasyarakatan. saya berjumpa dengan kenalan ni sewaktu kami sedang bertugas di KL Sentral. ketika itu saya tertarik melihatnya kerana dia begitu berminat dengan kebudayaan di Malaysia.. dan memang banyaklah topik untuk kami bualkan.. sejak itu kami berkawan dan seringkali dia menjadikan saya sebagai bahan rujukan jika hendak melancong di negara ini.. haha!

sedikit sebanyak dia juga pandai bertutur dalam bahasa Melayu.. dan setiap kali itu dia akan bertanyakan pada saya adakah penggunaan bahasanya itu betul. hahaha sangat lucu! oklah, anak muda ini berasal dari sebuah kampung kecil di Yunnan. beliau merupakan pelajar jurusan Religious Studies di sebuah IPTS di Kuala Lumpur.. namun menurutnya kehidupan dia di negara asalnya tidak semewah seperti di Malaysia. di tempat asalnya setiap keluarga dihadkan mempunyai paling ramai 2 orang anak akibat terlalu ramai rakyat.. bayangkan.. betapa padatnya populasi penduduk di negara itu..

menurutnya lagi, di negaranya memang popular dengan masakan daging lembu/kerbau.. mereka kurang sukakan ayam tetapi lebih banyak memilih itik sebagai menu harian. saya sendiri tidak pasti bagaimana kehidupan mereka di sana.. tetapi mengikut cerita sahabat saya ni seolah mereka sangat besederhana.. namun saya percaya kondisi muka bumi di tempatnya masih cantik sebab dia sering bercerita tentang taman bunga, gunung ganang yang tinggi dan pelbagai jenis tanaman yang cantik di sana.. katanya angin gunung sangat sejuk dan ada kalanya membawa haruman bunga dari tanah tinggi..

ceritanya seolah2 membawa saya terbang kesana.. huhu +.+ rumahnya kecil dan dia merupakan anak tunggal. ayahnya telah bercerai dan sudah mengahwini perempuan lain. sejak kecil dia bersama ibunya yang bekerja sebagai petani kecil-kecilan dan juga petenun. dia mendapat biasiswa dan berjaya melanjutkan pelajaran ke negara ini. 

beliau tinggal di Malysia bersama beberapa rakan senegara yang dari pelbagai latar belakang agama anutan. ada juga yang beragama Islam.. menurut beliau, tidak susah untuk tinggal bersama rakannya yang beragama Islam kerana di kampungya juga rata2 masyarakat bergama Islam. menurutnya lagi, dia sendiri pernah cuba untuk berpuasa tetapi hanya mampu bertahan dalam masa seminggu. sebab di Malaysia katanya sangat panas. haha! saya sendiri pernah melihat dia cuba membaca tulisan jawi :) 

namun beberapa bulan lalu, dia memberitahu saya secara tiba2 bahawa dia akan pulang ke negara asalnya. dia akan bekerja di sana dan tidak akan kembali lagi ke Malaysia.. saya terasa agak sedih dan ketika itu saya sempat melihat status terakhir dia di Facebook hanyalah "Good bye Malaysia. I will always miss u."

namun sesuatu yang mengejutkan saya ketika membaca salah satu dari status dia :

I miss my mom so much.. sudah lama tak jumpa.. I will see my mom this sunday. 
Insha ALLAH.

Doa saya buat sahabat yang kini berada jauh.. semoga kamu di rahmati oleh Allah.. diberikan petunjuk dan sekiranya ada rezeki dan umur yang panjang pasti kita bertemu lagi.. :) 




P/S: BERPISAH BUKAN KERANA BERJAUHAN TETAPI KERANA AJAL DI TANGAN TUHAN..


Sekecil Hati Hamster (Ryu Hazmie)

No comments: