Unusual!!? Apakah Aku Ini??



hah aku da ucap selamat berpuasa kan.. dari minggu lepas lagi aku da wish kot.. jadi bagi anda yang boleh berpuasa tu aku ucapkan sekali lagi selamat berpuasa..! bercerita tentang bulan ramadhan ni.. aku nak berkongsi sedikit dengan kisah aku beberapa hari lepas.. baru je 3 hari kita berpuasa tapi aku da rase macam2 dugaan berlaku.. hari pertama puasa memang down giler sebab aku demam teruk.. demam sebab sebenarnya gigi geraham bongsu aku baru tumbuh.. sampai sakit kepala, demam, pening dan sebagainya..

siriyess aku takde mood nak duduk kat opis arituh.. aku boleh plak tido kat kerusi kononnya macam opis tok wan aku.. huhu! pening giler kot.. so da setel berbuka aku bawak diri aku pergi klinik.. nasib baik sorang member ni baik hati hantar aku.. kalau tak kejung aku sorang2 nak ke klinik sebab aku ni tak suka ape2 kaitan dengan klinik ke hospital ke walaupun tempat tu diubah nama seperti rumah sakit ke, tempat rawatan ke, pawagam ubat-ubatan ke, shopping kompleks kesihatan ke atau ape2 je memang aku taknak pergi!!

sampai di klinik doktor tuh boleh pulak bagi cadangan yang tak pernah aku fikir.. dia suruh aku buang gigi geraham aku yang sedia ade ni untuk memberi laluan kepada gigi baru untuk tumbuh.. kalau tak berkemungkinan gigi aku tu tumbuh tidak rata dan akan menyakitkan lagi.. huhu.. aku berfikir2 nak ke taknak. gigi lama dibuang untuk memberi laluan kepada gigi baru tumbuh.. da macam kisah artis veteran bagi laluan artis baru nak naik la neyh!! adess!! oklah bagi tujuan jangka masa panjang aku pon angguk je!! 

aku pon bertukar ke klinik gigi pulak.. nasib la malam tuh ade bukak lagi klinik gigi.. kalau tak,, aku da terfikir ade yang aku lari pergi HKL malam tu jugak.. sakit dowh!! dan ketika itulah aku disuruh baring untuk melihat keadaan gigi veteran aku.. eh!

selepas menerima dua suntikan sempat lagi aku bersembang dengan doktor gigi tuh.. bestnya doktor tuh sangat ramah.. mungkin dia tengok muka aku gelabah je kot.. so dia pun layan je aku untuk hilangkan neves!! tapi proses nak cabut gigi aku agak lama.. sempat menerima penerangan dari doktor.. katanya gigi aku ni tidak seperti biasa.. kerana gigi geraham bawah biasanya mempunyai dua tunjang akar.. dan gigi geraham atas pula mempunyai tiga akar.. tapi dalam kes aku: gigi geraham bawah aku mempunyai tiga tunjang akar dan ini punca  kesukaran untuk mencabut gigi aku!! 

bayangkan aku penat menganga mulut tak terkeluar2 jugak gigi tuh!! tibe2 je bunyi praakkk!! dalam hati comfirm gigi aku patah!! tapi rupanya tidak ye.. hanya ilusi sajorkk!! selepas hampir 20 minit bergelumang dengan keadaan tarik menarik akhirnya gigi geraham aku berjaya dicabut!! adesss lega.. tapi untuk pengetahuan semua tak rasa ape pon.. sebab aku da dibius!! hahaha.. saje je nak kasi dramatik sikit dalam penceritaan neyh!!

selepas gigi aku dicabut, gusi aku dipotong sedikit dan dijahit untuk memudahkan gigi baru tuh take over tempat gigi lama.. sempat jugak aku jeling.. nampaklah jarum tuh dengan benang2 segala tengah dijahit dalam mulut aku!! sedih je kannn.. then, da macam kat saloon aku diberi cermin untuk melihat rupa aku yang gabra itu.. eh bukanlah.. aku disuruh melihat keadaan gusi aku.. sambil diberi penerangan.. huhu nampak ade benang2 jahitan kat gusi.. aku pon bangun dari pembaringan.. kemudian aku diberi peluang melihat gigi aku yang dicabut tuh.. seperti penghormatan terakhir pulak!! doktor tuh cakap "ini unusual!! jarang berlaku dimana, gigi bawah mempunyai tiga akar, saya sendiri tak dapat nak beri penerangan bagaimana ini berlaku!!" oohhemmjii unusual ke aku neyh??



P/S: DUGAAN YER!! >.<



Sekecil Hati Hamster (Ryu Hazmie)

No comments: