Tukar Selera Untuk Berbuka!!


seperti entri sebelum ni aku kisahkan tentang nasib si bujang di perantauan.. kini kisah beralih pula pada kisah aku yang gigih mencari tempat lain yang lain dari yang lain untuk berbuka puasa.. cuma lari dari kebiasaan.. masing2 kan sibuk nak berbuka di hotel mahal la, ade buffet la, ada makanan meriah2 dan sebagainya.. kali ni aku dan member konfident pergi satu tempat nih!! jeng jeng jeng..

nak tau kat mane?? kat taman permainan.. siriyess taman permainan.. bagusnya berbuka disini kerana tak perlu la nak bayar sewa tapak.. tak perlu nak bersesak2 dengan orang lain.. bebas untuk bawak makanan ape je.. sebab korang sendiri yang sediakan makanan tu kan, pastu bebas untuk duduk makan macamane pon.. so tak perlulah aku nak kontrol diri gaya bebas aku menikmati makanan haha!! =.= selain tuh korang boleh buat aktiviti riadah sebelum dan selepas berbuka.. termasuk keliling taman permainan mencari toilet :p

lokasi berbuka aku ialah taman permainan di tasik seksyen 7, shah alam.. memang syok!! setelah penat pusing2 kat bazaar stadium aku dengan bangganya membawa popiah asli shah alam, roti john yang panjang ituh!! nasi kerabu dan.. beberapa jenis makanan lain.. *taknaklah senaraikan.. heheheh!!

memang syok berbuka kat sini.. sebab lebih santai dan ramai gak orang lain yang join sekali.. memang mabeles lah rakyat shah alam.. seronok!! dapat tengok ragam orang lain berbuka bersama keluarga, rakan, pasangan dan juga kaum lain yang gigih jogging petang2.. hahah!!

cuma pesanan aku untuk korang yang nak buat jugak macam aku ni, silalah bawa tikar or alas tempat duduk sebab kita tak tau tempat tu basah ke.. pastuh jangan lupa bawa air kosong untuk cuci tangan yer.. dan yang penting kenalah dengar azan!! hazab kalau nak konfident je kann.. heheh selamat mencuba!! :)






P/S: MANE LAGI TEMPAT BEST UNTUK BERBUKA (^_^)


Sekecil Hati Hamster (Ryu Hazmie)

No comments: