Eh!! Ape Aku Mengarut Neyh!!


Melangkah masuk ke hari isnin pada minggu ini membuatkan lelaki bersayap berasa hambar.. wajah yang biasanya berseri kelihatan agak kusam mungkin dek kesihatan yang kurang baik beberapa hari sebelum ini dan mungkin juga hati yang tak merelakan kedatangan minggu ini..

Kerana pada minggu ini merupakan detik pertemuan dan perpisahan antara lelaki bersayap dan mereka yang dianggap seperti rakan, saudara, keluarga, juga sahabat, serta kekasih malah adik beradik sendiri.. selama mengenali mereka tidak pernah lelaki bersayap berahsia sedikitpun  malahan lelaki bersayap bisa berdekah ketawa dari sore melewati malam hingga ke pagi malah airmata juga pernah tertumpah dihadapan dan menyeka bersama2 mereka.. mungkin itu hanya gambaran atau sedikit kisah diantara ruang dan waktu antara lelaki bersayap dan mereka.. mungkin juga lelaki bersayap ini  yang berlebihan  bercerita tentang kisah mereka..





Epilog kisah lelaki bersayap penjaga madu..

Lelaki bersayap merupakan seorang yang telah ditakdirkan untuk menjaga madu.. madu yang disimpan akan dijadikan manisan buat mereka yang sedang menangis. Sedang ketika lelaki bersayap itu menjaga madu, Seekor burung datang dan menyerahkan sebiji telur kepadanya.. lalu dengan sedikit pengalaman dan serba kekurangan ilmu pengetahuan lelaki bersayap eramkan telur itu.. menjaga dengan setia dan akhirnya menetas.. seekor anak burung yang kecil dan comel telah berikan makanan dan diceritakan serta sedikit gambaran bagaimana untuk terbang.. lelaki bersayap sebenarnya  tidak pandai terbang tetapi dia menceritakan kepada anak burung itu bagaimana untuk terbang.. akhirnya berbekalkan kepercayaan dan semangat yang ada dalam diri anak burung itupun terbang.. lelaki bersayap melihat ianya terbang!! Biarkan anak burung itu pergi kerana itu adalah takdirnya.. selepas ini anak burung itu menjengah dewasa dan memiliki kehidupan sendiri.. manakala lelaki bersayap itu masih seperti biasa.. menjaga madu dan dijadikan manisan untuk mereka yang sedang menangis.. lelaki bersayap berfikir jika suatu hari, anak burung itu menangis dan pasti akan kembali kepadanya untuk mencari madu yang dijaga oleh lelaki bersayap..

Apakah asalnya lelaki bersayap??

Merentasi laut kelihatan sepasang ikan lumba2 bermain dipermukaan air. Matahari bewarna jingga mencorakkan balam balam dilangit. Jauh dihujung pelangi terdapat sebuah tempat yang jauh dari pandangan manusia biasa.. seorang lelaki bersayap telah membina sebuah rumah yang hanya terdiri dari salji.. rumah yang putih itu tidak pernah dilihat oleh manusia tetapi manusia percaya akan kewujudan rumah salji itu.. lelaki bersayap bermain muzik tatkala matahari mula berlabuh. Alunan muzik itu mampu membuatkan sekumpulan lebah menari kegembiraan. Bunga bunga mekar dan disulami oleh ketawa mereka yang gembira.. lelaki bersayap tersenyum..

Siapa sebenarnya lelaki bersayap??

Seorang kanak kanak  sedang bermain dihalaman rumah.. ketika itu angin sedang bertiup membuatkan sedikit rambut didahi anak lelaki itu terkuak.. wajah anak yang comel itu jelas kelihatan.. ibunya yang sedang sibuk mengambil pakaian dari ampaian menyuruh anaknya masuk kerumah.. ketika itu juga kincir angin berputar laju menandakan hari mahu ribut.. daun2 kering berdesiran dijalanan.. ketika itu kelihatan lalang mula mengiring kekiri.. seperti mahu terbang dibawa angin..  kanak kanak lelaki tersebut tidak mengendahkan kata ibunya lalu mencapai payung dan berlari ke padang.. kata hatinya.. oh angin bawa aku terbang menerusi payung ini jika tidak hadiahkan aku sepasang sayap untukku terbang..

Apakah impian lelaki bersayap??

Seumpama anak2 kecil yang punya imaginasi.. lelaki bersayap sering menggumpal awan menjadi gula kapas untuk mereka yang sedang bersedih.. ketika ini jika mereka sedang menangis itu terlalu berduka lalu dihadiahkan madu yang dijaga oleh lelaki bersayap.. saat itulah lelaki bersayap akan mempunyai sayap yang baru.. dan mampu membuatkan lelaki bersayap terus tersenyum..

Kisah hati seorang lelaki bersayap??

Loceng dilangit akan dibunyikan jika lelaki bersayap bersedih.. saat ini awan akan menangis bersama membasahi bumi.. sungai akan bermandikan darah dan laut pula bergelora.. bunga akan layu menunduk kebumi.. ketika ini awan mendung menyelaputi langit dan kelihatan sarang labah2 menyesakkan dunia.. ketika inilah lelaki bersayap akan meruntuhkan dinding dunia dan sepihan Kristal akan gugur memanah hingga ke hati seluruhnya akan terhenti berdetik...





Sekecil Hati Hamster (Ryu Hazmie)

No comments: