Ke Garisan.. Sedia.. Mula!!

KE GARISAN.. dan aku memang telah mentafsir akan keadaan ini.. kerana akhirnya aku akan tiba di pengakhiran.. tiba dihujung garisan.. sudah menjadi resam dunia ape yang ada tidak pernah kekal selamanya.. aku rela melangkah pergi ke akhir garisan.. siapa yang kita ada.. apa yang kita dapat.. dimana perjalanan hidup kita.. aku tahu.. tiada yang pernah kekal.. sedetik pengalaman lalu membuatkan aku begitu bersedia untuk hadapi kenyataan hari ini.. bukan tidak pernah ditinggalkan.. perpisah jiwa antara manusia itu tidak memberi kesan yang kekal.. umpama batu kerikil kecil yang terlempar di kolam lalu mencipta riak kecil, kemudian menghilang tanpa bekas.


SEDIA.. dan terus bersedia merupakan jaminan yang akan buat aku terus kuat.. benarlah ajaran agama yang mengajar kita bersikap merendah hati. ini kerana tidak ada yang kekal, baik ilmu, harta, cinta sesama manusia ataupun pangkat. semua mudah sahaja terlepas dari kita. drama hidup ini penuh misteri, malah kematian dapat mengubah jalan hidup seseorang dalam sekelip mata..

MULA.. dan aku akan terus melangkah. meninggalkan semua kisah yang luka.. bersama titisan darah mengheret mungkin ke pintu syurga mahupun neraka.. bukanlah duka yang abadi jika kehilangan cinta di dunia.. cinta hakiki hanya cintakan yang Esa.. 



P/S: HITAM PUTIH KEHIDUPAN INI TELAH DITULIS OLEH-NYA. 




Sekecil Hati Hamster (Ryu Hazmie)

No comments: