Dan Aku Juga


Hampir semua individu online setiap hari. Dalam zaman global ini, internet, emel, ruang sembang seperti Yahoo Mesengger, Skype, jaringan sosial seperti Friendster, MySpace, Facebook dan sebagainya adalah medium perantara yang sinonim dengan masyarakat dalam berkomunikasi. Tidak kira di mana sahaja kita berada, online sentiasa berlaku tanpa mengira masa dan waktu.


Namun, hidup ini sebenarnya terkawal dan mempunyai hubungan langsung dengan Super Kuasa. Jaringan dengan makhluk adakalanya menjadikan kita lupa bagi mencipta jaringan langsung dengan Pencipta.

Cintakan bunga, bunga akan layu. Cintakan manusia, manusia akan mati. Cintakan teknologi, teknologi akan basi. Cintakan Tuhan, Tuhan kekal abadi. 








Sekecil Hati Hamster (Ryu Hazmie)

No comments: