Jadilah Seperti Manusia. Bukan Binatang..

hidup kita di dunia ciptaan tuhan ini hanyalah sementara.. oleh itu kita disaran membuat kebaikan sesama manusia.. namun harus diingat bukan kita sahaja yang tinggal di dunia ini..


oleh itu segala ciptaan tuhan harus kita jaga dan saling berbuat baik.. sebagai ciptaan tuhan yang terulung seharusnya kita mengerti bahawa manusia dikurniakan akal untuk berfikir.. dah tu pandai2 la nak pikir mana yang elok dan mane yang tak elok..


aku siriyess.. aku siriyess kesal dengan sikap manusia yang semakin hilang sifat perikemanusiaannya. kemana letak akal yang diberi?? sehingga sanggup menganiayai makhluk lain?? 

banyak kes sekarang ni.. sepak kucing la.. pukul arnab la.. cekik la.. baling anjing.. itu belum termasuk kes pukul singa untuk persembahan.. pukul beruang untuk menari.. sedih!! 


cuba selami apa yang haiwan itu rasa?? tak sakit ke mereka?? dipukul.. disepak.. dibaling.. malah dirantai.. sehingga mengalami kecederaan yang teruk sehingga mati.. patah tulang.. pendarahan dan sebagainya.. adakah ini yang akan diteladani oleh anak kecil? suatu masa nanti.. fikir2kan.. 


sejak kecil aku sendiri dah didedahkan dengan haiwan peliharaan.. aku masih ingat arwah mak aku suka bela kucing.. dari nama yang dipilih melalui warna seperti kuning.. putih.. hitam.. dan sehingga seperti nama2 orang pun ade.. seperti raman.. medan.. nenek.. dan banyak lagi.. belum lagi dikira dengan haiwan seperti arnab.. kura2.. tupai.. iguana.. dan burung.. semua tuh aku dah mendapat pendedahan dari kecil..


menyingkap kembali cara arwah mak aku memelihara haiwan pelihraan ini.. ia bukan sekadar memberi makan.. dan membenarkan tidur di rumah.. tetapi.. >>


tetapi penuh dengan tanggungjawab dan keprihatinan.. mesti tau kalau kucing demam.. arnab nak beranak ke.. kucing sakit gigi ke.. kucing da tua pun arwah mak aku bela.. siap tumbukkan ikan bilis sebab kucing tuh da takde gigi.. dan ini adelah antara kisah yang aku mengenai haiwan yang aku selalu jumpa.. nak kongsi sikit dengan korang.. untuk memahami sedikit apa yang kucing rasa.. mungkin!! Kisah Si Dia


sekarang ni pulak.. sebenarnya.. kalau korang nak tau.. aku sering didatangi kucing.. kemana saje aku pergi mesti ade kucing nak datang gesel2 badan kat kaki aku.. kalau kat kedai makan tuh memang aku lah yang menjadi sasaran kucing.. padahal banyak lagi orang lain dia boleh pergi minta makanan.. huhu pelik tuh!!


dan semoga dengan penulisan aku kali neh dapat memberikan pengertian buat kalian.. sama2 kita menjaga.. banyak pahala memelihara haiwan..

P/S : ANJING TAK BOLEH DIPEGANG.. TAPI TAK BERMAKNA ANJING PERLU DIHALAU, DIKEJAR ATAU DIBALING BATU.. FIKIRKAN WAHAI SAHABAT.. SENYUM.. :)



Sekecil Hati Hamster (Ryu Hazmie)

1 comment:

DanieL AdiE said...

Kucing adalah binatang kesayangan Rasulullah...