Nampak Tapi Tak Nampak

hurmm.. bising pulak pagi2 neh! ganggu nak tidur. kereta ni boleh tak kalau lalu ikut jalan lain?? bentak hati kecil. *buka mata.. argghh sejuknya pagi ni. selimut malam tadi yang dipakai  da terbang ke ujung tempat tidur. uwarrgghh!! menggeliat.. seperti memanjangkan badan. membuat lengkungan separa bulat.. kekiri dan kekanan.. cukup untuk regangan hari ini.. :)

mata memandang tempat tidur.. hurmm.. kemas ?? tak payahlah.. malam nanti nak pakai lagi.. biar je dulu.. takde siapa nak kacau mungkin.. hurm alas tidur ni masih nampak baru. tak perlu cari yang lain buat masa ni..

baru melangkah keluar tibe2 kaki terpijak lopak air.. aduhh.. sejuknya!!! malang sungguh.. pagi2 sudah ditimpa kecelakaan. *hati masih panas dengan kejutan bunyi kereta seawal pagi.. hurm, tulang empat kerat terasa bisa dek kerana sejuk yang menyelimuti malam tadi. berteman pula dengan perut kosong seharian tak makan.. adus!

sedang berjalan menerusi lorong belakang taman perumahan itu, tiba-tiba sahaja teringatkan kanak2 yang bermain di taman permainan semalam.. haha. riang tawa mereka mampu buat sessiapa pun tersenyum sendiri.. haha! ada pun bahan untuk senyuman hari ni :)

wah perut belum berisi lagi.. mana nak cari makanan ni.. da berjalan jauh pun belum jumpa satu pun. roti pun takde!! terpaksa lah berjalan kaki ke jalan besar depan sana.. mungkin taman perumahan ni tak perlu diwujudkan jika makanan pun takde!! macamane nak hidup tanpa makanan!! hati meronta2 marah..

kaki semakin lemah untuk berjalan. badan menggeletar. dengan keadaan diri yang tidak terurus sejak pagi tadi. mata seakan berpinar.. silau sungguh sang matahari. jika aku berkuasa seperti sang matahari. tak perlu lagi aku berpeluh-peluh seperti ini.. satu hari nanti aku akan ke tempat mu wahai matahari.

dari jauh kelihatan susuk seseorang.. macam pernah kenal. tapi dimana ya!? ya.!! seorang pemuda.. wah, dia menjinjing beg plastik berisi makanan!! mana dia beli makanan tuh?? yes!!! senyum :)

belum sempat menegur dia terlebih dahulu menyapa.. melihat bungkusan ditangannya. tetapi malu untuk bertanya. hummmmm.. namun tanpa diduga dia telah memberikan makanan itu.. diletakkan didepan mata..
arrhh!!! terima kasih!! rezeki untuk hari ini.. SYUKUR

Pemuda itu berlalu. namun sempat menjeling dan tersenyum :)

Yang Maha Kuasa, berikan kesenangan untuk mereka yang sudi membantu dan menghulurkan tangan dengan keihlasan. hanya padaMu mereka akan mendapatkan kebaikan ;)




2 comments:

buFFstaR said...

ianya spt membaca novel dikala kebuhsanan~ i like!!

yetNaza said...

i like 2... ingtkan sal ape td.. sal c chumil upenye.. hahahahaha