Selamat Hari Ibu! Kasih Tiada Ganti!


sambutan hari ibu bukanlah hari yang hebat bagi sesetengah dari kita tetapi bagi kebanyakkan orang  ianya merupakan hari yang  hangat dan penuh dengan kasih sayang.. kita meraikan wanita yang merupakan anugerah dan paling hebat yang kita terima di dunia ini dan dialah yang membuatkan kita menjadi luar biasa di dunia ini.. sesungguhnya satu hari dalam setahun tidak cukup untuk menyamakan dengan satu penghormatan sedemikian. setiap hari adalah hari ibu..


namun, saya masih ingat hari pertama menyambut hari ibu tanpa wanita yang memberikan saya nafas ini.. ketiadaanya sangat dirasai.. wanita yang menuntut agar sentiasa rendah diri walaupun harga diri itu sangat tinggi.. sekalipun tidak pernah sesal dengan takdir.. kerana soal itu tidak layak untuk saya persoalkan.. semuanya ketentuan Ilahi.. 

kakak saya dalam usia 30an memiliki seorang anak perempuan.. dan saya melihat kini di alam yang nyata bahawa dia memilih untuk hidup dan cinta disebalik tragedi yang menimpa.. kini beliau menjadi ibu dan meraikan bersama2 anaknya.. kecintaan itu menurun dari ibu saya kepada anaknya.. alhamdulillah..

saya sememangnya tidak mempunyai apa2 hadiah fizikal sepanjang sambutan hari ibu.. tetapi ingatan itu akan tetap terus membara.. kerana beliau tiada gantinya.. walaupun dia telah pergi namun diri dia masih ada dalam kehidupan kami adik beradik.. insyaAllah..


P/S: CINTA TIADA GANTI :)


Yes!! We Can Grow Up Together!!

No comments: