Termanggu Seketika!!



Kesal.. sedih.. marah.. haaaiisshhh!! Pelbagai kejadian berlaku ni negara kita.. hmmm berat hati saya nak katakan.. adakah ngara kita yang selama ini aman damai semakin menjadi kacau? apakah yang akan berlaku 10 tahun akan datang?? jika anda sebagai ibubapa, adakah anak kecil anda yang kini tatang bagai minyak yang penuh itu akan menjangkau usianya 10 tahun?? maaflah jika pertanyaan saya ini membuat semua tidak selesa.. tetapi harus kita sedar.. itulah yang berada disekeliling kita sekarang... jenayah ada di mana2..


baru2 ini negara kita dihebohkan dengan kisah anak kecil dibunuh akibat dendam "Si Bodoh" yang terlibat dengan dadah dan juga "Si Bodoh" yang tidak berjaya menjaga anak sebaiknya.. salah siapa?? salah ibu yang sibuk dengan facebooknya? atau salah si penjenayah yang membunuh anak itu?? atau adakah salah anak kecil yang lapar dan disuruh sendirian pergi membeli mee segera itu?? atau salah orang sekeliling yang tidak mempedulikan anak itu sendirian??

saya percaya di luar sana berapa ramai yang kesal dan marah dengan apa yang berlaku.. ya, tidak dapat dinafikan memang ini yang telah ditakdirkan.. memang telah ditulis oleh Allah bahawa anak kecil itu harus pergi.. tetapi selagi kita mampu mengubah nasib apa salahnya jika kita sentiasa cuba.. cuba supaya punca kematian tidak seperti itu.. bagi saya ini adalah sesuatu yang teruk jika orang tersayang pergi meninggalkan kita dengan cara yang macam tu..

kita tak mampu melawan takdir.. tetapi cara tu.. cara tu!! apa yang telah berlaku tu membuatkan saya dan ramai lagi merasa kesal.. sedih.. marah dan sebagainya..

walau apa pun sebenarnya, yang telah terjadi ini ada hikmahnya.. ia mampu dijadikan ingatan kepada semua umat manusia!! khususnya di negara ni.. bak kata pesanan orang dulu yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.. sama-sama kita fikirkan..




P/S: DUNIA NI BERSIFAT SEMENTARA.. YANG KEKAL HANYA DI SANA..


Yes!! We Can Grow Up Together!!

No comments: