Salam Perkenalan Mengikat Persahabatan Menguntai Kenangan!


Haha =.= meriah tak tajuk entri baru ni?? meriah kan?? da macam lirik lagu pun ada.. ala2 puisi pun ade jugak.. hahahah.. mampu?? kiranya kalau saya ni jadi penulis lirik mesti boleh dapat anugerah lirik terbaik lah.. itupun kalau saya sorang je yang masuk bertanding.. memang kompem lah saya akan menang semua.. haha! ok jangan nak berangan lama2..

saya dan beberapa orang rakan diamanahkan untuk menjalankan tugas bagi menjayakan satu program baru2 ini.. jadi selama 10 hari saya dan rakan2 telah berkampung bersama di UPM dan bekerjasama agar program yang dirancang berjalan dengan jayanya.. syukur kerana semuanya telah berlansung dengan baik :) seronok! program apa tu?? Persembahan Kebudayaan Sempena Malam Akhir Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2012 Di PICC.. secara lansung lagi di TV1.. 


selama 10 hari itu juga kami sekeluarga MAKUM (Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia) telah melalui pelbagai cerita dan peristiwa.. ada yang demam, ada yang kehilangan, ada yang jatuh cinta ada yang berkenalan ada yang melatah.. ada yang pecah lobang, ada yang ehh macam2 lah! malas nak cerita semua.. pendek kata semua adalah.. haha semua itu diharungi bersama semata2 untuk menjayakan malam persembahan tersebut!! gigih kan!?


tetapi apa yang baiknya program ini telah merapatkan semua peserta persembahan.. kami berhimpun dengan satu perkongsian minat yang sama dalam bidang seni persembahan.. bukan mudah nak kongsikan perasaan ini dengan orang lain.. mereka tidak faham.. :) selama itulah juga kami semua berkongsi ilmu dan pendapat.. kan bagus ade program yang macam ni.. janganlah sibuk nak fikirkan sudut negatif jer.. haissshh..


kepuasan berbayar bila melihat mereka semua berpelukan bersorak gembira selepas menjayakan persembahan.. ada yang sibuk telefon family tanya muka keluar tv atau tak.. hahah.. ada jugak yang down sebab muka sekejap je masuk tv.. adesss.. :p ada jugak yang tidak dikenali oleh kawan2 kerana kelihatan lain dalam tv.. katanya!! haha


berbalik kepada asal cerita tadi.. bagi saya program sebegini sebenarnya dapat mendidik mahasiswa yang berbakat dalam bidang seni persembahan untuk terus mengembangkan bakat mereka selain dapat berkongsi pengalaman, menimba ilmu dan meningkatkan nilai2 soft skills mereka.. :)

oklah ada masa kita berjumpa lagi.. harap cukup untuk titipan kali ini.. jagalah budaya warisan kita.. salam perpaduan!! 



P/S: MALAYSIA OH TANAH AIRKU..


Sekecil Hati Hamster (Ryu Hazmie)

No comments: